Pemain bola keranjang kebangsaan, Jacky Ng Kiat Kee meninggal dunia di China.

Dipercayai, ia akibat sakit jantung ketika menyertai satu kejohanan jemputan di negara itu, pada Ahad.

Kiat kee meninggal dunia pada usia 25 tahun.

Perkara itu disahkan setiausaha agung persatuan bola keranjang kebangsaan maba Chey Tat Woon.

Beliau berkata mendiang dilaporkan pengsan ketika berada di bangku pemain simpanan pada kira-kira 4.30 petang waktu tempatan di Jinjiang.

Mendiang kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira 7 malam ketika mendapat rawatan di sebuah hospital.

Kiat Kee menyertai skuad kebangsaan tahun lepas selepas bakatnya dikesan pada kejohanan bola keranjang piala agung.

Dia turut mewakili kelab Sarawak Firehorse dalam kejohanan liga bola keranjang kebangsaan MNBL.

Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.