Semua pasukan bola sepak yang bertanding dalam Piala Malaysia 2014 mempunyai peluang terbuka untuk merebut gelaran juara pada musim ini.
Pada majlis undian di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil hari ini, juara bertahan Pahang dan naib juara Piala FA Felda United FC berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir apabila diundi bersama Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dan Lions XII FC dalam kumpulan A.
Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan finalis Piala Malaysia tahun lepas, Kelantan akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan dalam saingan kumpulan C yang turut diundi bersama pasukan ATM dan Pulau Pinang.
Juara Liga Perdana 2014, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula akan berdepan saingan sengit dengan naib juara Liga Super, pasukan Selangor dalam kumpulan D yang turut dihuni oleh KL Sime Darby FC dan Terengganu T-Team.
Dalam kumpulan B, Terengganu dan Sarawak berpeluang untuk menempah slot ke peringkat seterusnya berdasarkan prestasi semasa dalam Liga Super yang menyaksikan pasukan tersebut masing-masing menduduki tangga keempat dan ketujuh.
Turut tersenarai dalam saingan kumpulan B ialah Perak dan Kedah.
Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia dijadualkan bermula 13 Ogos ini.
FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 8 Nov di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Bernama
Sun Jul 13 2014
Majlis undian diadakan di Dewan Perdana, Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil hari ini.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak Asia Tenggara
Perbincangan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara pemilik JDT, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, bersama Ketua Umum PSSI, Erick Thohir.
'Jangan jadi badut dan rasis' - Tommy
Tommy Mawat Bada kecewa apabila menjadi mangsa komen berbaur perkauman susulan insiden pergaduhannya dengan bintang JDT, Arif Aiman Hanapi.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Piala Malaysia: Laluan mudah buat JDT
Gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) berhadapan laluan mudah dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.
TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berasakan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, wajar melayangkan kad merah kepada Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada.
Pergaduhan libat Arif Aiman: 'Saya tidak pasti budi bicara apa digunakan pengadil' - Pekan
Arif Aiman Mohd Hanapi bernasib baik apabila masih dibenarkan beraksi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.