Peluang terbaik dimiliki skuad Harimau Malaya dalam melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 mungkin terjejas sekiranya saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020 hanya dibenarkan bersambung semula antara Oktober dan November depan.
Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe kini berada pada kedudukan selesa di tangga kedua Kumpulan G pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.
Hanya Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berada di tangga keempat dengan enam mata memiliki kelebihan satu aksi sementara pendahulu, Vietnam unggul dengan 11 mata diikuti Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata.
Jika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhasrat menyambung semula saingan kelayakan yang ditangguhkan susulan penularan COVID-19 dalam kalendar perlawanan antarabangsa pada bulan November, maka peluang Malaysia untuk mara dilihat agak sukar.
"Macam mana nasib Malaysia dalam kempen kelayakan, skuad kebangsaan sekarang berada di kedudukan kedua. Saya risau boleh atau tidak kita bermain menentang UAE dan Vietnam kalau persediaan hanya bermula bulan Oktober," jelas bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan kepada Bernama.
"Kebiasaannya, kita akan ada dua atau tiga perlawanan persahabatan sebelum aksi sebenar tetapi kalau kebenaran hanya selepas bulan Oktober, bukan sahaja sukar nak aturkan perlawanan malah tahap prestasi pemain juga perlu diberi perhatian.
"Bayangkan selama enam hingga tujuh bulan pemain tidak mempunyai program latihan dan perlawanan berintensiti tinggi dan dalam tempoh yang singkat perlu bermain perlawanan yang kompetitif? Saya tidak nampak ia akan memberi kebaikan kepada pasukan kebangsaan," tambah beliau.
Malaysia dijadual berdepan UAE di Dubai sebelum melayani kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada kalendar perlawanan antarabangsa FIFA, Mac lepas, namun terpaksa ditangguhkan sehingga ke satu tarikh baharu susulan penularan COVID-19.
Pada Selasa, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedia memberi kebenaran untuk saingan Liga-M 2020 berlangsung selepas PKP ditamatkan, dan mungkin boleh disambung semula selewat-lewatnya pada November dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti aksi dijalankan tanpa penonton.
Meskipun tiada keputusan muktamad mengenai kenyataan Ismail Sabri itu, Sathianathan yang juga Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) berharap satu keputusan baharu yang lebih baik dapat dicapai.
Beliau percaya Malaysia yang menunjukkan peningkatan prestasi memberangsangkan sepanjang kempen kelayakan itu mempunyai peluang cerah mara ke pusingan ketiga kelayakan sekali gus mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
"Aksi berdepan UAE dan Vietnam merupakan dua pertembungan yang penting dan pada masa sama dengan kedudukan kita, Malaysia mempunyai peluang cerah. Jika bulan Oktober baru boleh bermain, jurulatih akan hadapi masalah untuk kumpulkan pemain yang cergas," tegas pengendali berusia 61 tahun itu.
Sathianathan yang juga jurulatih pasukan Selangor berkata antara eleman terpenting dalam sesuatu perancangan seseorang jurulatih adalah kecergasan pemain.
"Untuk hadapi perlawanan getir, penting untuk jurulatih ialah memiliki barisan pemain yang aktif dan cergas. Bermakna pemain itu sedia untuk beraksi dalam perlawanan kompetitif. Kalau kita bertemu UAE dalam keadaan tidak bersedia, kita pasti dibelasah," tambahnya.
Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas Piala Asia adalah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007, namun sudah hampir 40 tahun Malaysia gagal meraih slot automatik Piala Asia sejak edisi 1980 di Kuwait.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020
Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe kini berada di tangga kedua Kumpulan G pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Ong Kim Swee presiden baharu PJBM
Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Presiden, memangku jawatan itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan mendiang B. Sathianathan.
Safee versi kedua Mokhtar Dahari, kata mendiang Sathianathan
Nantikan episod kedua SEPULUH yang akan bersiaran pada Jumaat, 1 Disember ini, jam 10 malam di Astro Arena.
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga mendiang Sathianathan
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Arena bola sepak Malaysia hilang pakar taktikal
Mendiang Sathianathan sentiasa tampil membela nasib jurulatih tempatan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji.
Disangka anak patung rupanya janin bayi dalam loji kumbahan
Seorang pekerja pembersih kumbahan terkejut melihat objek yang disangka anak patung rupanya janin bayi di loji kumbahan sebuah kawasan perumahan di Inanam.
Bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianathan meninggal dunia
Bekas jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun hari ini.
'Bukan senang Harimau Muda menang emas di Kemboja 2023'
Skuad B-22 negara bakal berdepan saingan sengit Vietnam, Thailand, Indonesia yang merupakan antara pasukan kuat di rantau Asia Tenggara.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
Cheng Hoe berjasa pulih imej pasukan negara - B. Sathianathan
Cheng Hoe telah berjaya memulihkan maruah skuad kebangsaan sehingga menjadi antara pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara.
Siapa sudi bantu FAM bayar gaji tinggi jurulatih? - Sathianathan
B. Sathianathan menyifatkan pengambilan ketua jurulatih ibarat satu perjudian.