RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak Brazil, Pele masih ditempatkan di unit rawatan rapi selepas pembedahan membuang ketumbuhan di ususnya, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai yang merawatnya pada Jumaat.
Bintang berusia 80 tahun itu menjalani pembedahan di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo pada 4 September lalu selepas ketumbuhan berkenaan dikesan ketika menjalani pemeriksaan rutin.
"Pesakit Edson Arantes do Nascimento kini semakin pulih dan memuaskan, beliau sudah sedar dan aktif bercakap dan petunjuk vitalnya kelihatan normal," kata hospital menerusi buletin perubatan.
Terdahulu, pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali itu, tampil menerusi media sosial mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan kata semangat dan mendoakannya sambil menjelaskan kepada mereka bahawa beliau semakin pulih, menurut buletin itu.
"Sahabat, setiap hari yang berlaku, saya berasa semakin baik.
"Saya perlukan beberapa hari lagi untuk pulih. Ketika saya di sini, saya mengambil peluang untuk lebih banyak bercakap bersama keluarga dan berehat," katanya menerusi Instagram.
Pele bergelut dengan beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu, dan jarang kelihatan di khalayak selepas menjalani pembedahan pemindahan pinggul pada 2012.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021

Legenda bola sepak Brazil, Pele masih ditempatkan di unit rawatan rapi selepas pembedahan membuang ketumbuhan di ususnya. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Legenda bola sepak Brazil, Mario Zagallo meninggal dunia
Zagallo yang memenangi empat Piala Dunia sama ada sebagai pemain atau jurulatih untuk Brazil, meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Legenda Brazil, Ronaldo, dedah sedang bertarung dengan kemurungan
Bekas bintang PSV, Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid itu diiktiraf umum sebagai antara pemain terbaik dalam generasinya.

Pele beransur pulih selepas pembedahan buang ketumbuhan di usus
Legenda bola sepak Brazil, Pele masih ditempatkan di unit rawatan rapi selepas pembedahan membuang ketumbuhan di ususnya, lapor agensi berita Xinhua memetik pegawai yang merawatnya pada Jumaat.

Pele selamat jalani pembedahan usus
Beliau sebelum ini menyatakan dalam keadaan sihat selepas menjalani ujian rutin kesihatan.