Kementerian Belia dan Sukan telah mendapatkan khidmat seorang peguam sukan terkemuka bagi membantu dalam kes seorang daripada atlet tersohor negara yang didakwa positif ujian doping.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata beliau telah berhubung dengan Mike Morgan, dengan keputusan ujian sampel B dijangka diketahui pada Khamis.
"(Bagaimanapun) jika sampel B didapati, Mike akan menyediakan mitigasi bagi memastikan hukuman minimum terhadap atlet berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu program melibatkan isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional di sini, Khamis.
Untuk rekod, Morgan dinamakan sebagai seorang daripada 20 peguam sukan yang berpengaruh dan telah merangka peraturan disiplin untuk memberi nasihat tentang siasatan anti-doping.
Khairy juga menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melindungi identiti atlet berkenaan, sebaliknya pendirian untuk tidak menyebut nama atlet itu adalah kerana menunggu pengumuman rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
"Ujian (sampel B) itu dijalankan semalam. Kami masih menunggu keputusan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Anti-Doping (ADAMS) kerana mereka perlu mengesahkan keputusan itu.
"Selepas BWF mendapat keputusan, mereka akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan keputusan untuk buat sebarang pengumuman berkenaan apa yang telah berlaku. Itu prosedurnya," kata Khairy.
Ikon badminton negara itu dilaporkan positif ujian doping bagi sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.
Beliau dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian dijalankan.
Media tempatan, pada Selasa, melaporkan pemain negara itu telah berlepas ke Norway malam Isnin bagi menyaksikan sendiri proses membuka botol untuk ujian sampel B di sebuah makmal di negara berkenaan.
Beliau ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh.
Bernama
Fri Nov 07 2014
KHAIRY: Ujian (sampel B) itu dijalankan pada Rabu dan kami masih menunggu keputusan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Anti-Doping (ADAMS).
Pantau Agenda Reformasi: Ancaman banjir | signifikan PdPR, elak pelajar tercicir
Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Pendidikan, UM dan Mohd Hisyamuddin Ghazali, YDP PIBG SK Sri Kiambang dan SK Baroh Pial
Gagal serah waran tangkap, Hot Daddy, dua wanita dilepas tanpa dibebas
Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan seorang lelaki dikenali sebagai Hot Daddy dan dua rakan wanitanya daripada pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan, menjual rakama
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Rasuah RM10,000, bekas Pengarah Maritim Tanjung Sedili diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili, membela diri atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, empat tahun lalu.
Kenaikan cukai taksiran: MPSepang jangka kutip RM191.9 juta
MPSepang menjangkakan hasil kutipan cukai taksiran meningkat daripada RM150.9 juta kepada RM191.9 juta pada tahun depan.
Abang Jo jumpa Presiden Boeing Jepun bincang kerjasama
Antara intipati perbincangan adalah melibatkan pesawat memandangkan Sarawak bakal mengambil alih Syarikat Maswings pada hujung bulan ini.
Hanya 1.6 peratus pelaburan dilulus 2021 hingga Mac 2024 belum dilaksana
Dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 juga sebanyak 98.4 peratus projek pelaburan sama ada telah siap, sedang dilaksanakan, atau dalam perancangan.
MIDA komited sokong pelabur di setiap peringkat
Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata MIDA sedang membina ekosistem yang pelaburan berimpak tinggi dan sedia untuk masa depan dapat berkembang maju.
Keputusan batal saman bekas ADUN Nenggiri ditangguh ke Februari
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan keputusan terhadap permohonan Bersatu dan kerajaan negeri Kelantan untuk membatalkan saman Mohd Azizi Abu Naim berhubung pemecatannya daripada parti serta kekosongan kerusi Nenggiri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Hakim Roz Mawar Rozain menetapkan 19 Februari untuk menyampaikan keputusan selepas mendengar hujahan daripada semua pihak terlibat.
Hakim Roz Mawar Rozain menetapkan 19 Februari untuk menyampaikan keputusan selepas mendengar hujahan daripada semua pihak terlibat.
12 penuntut universiti ditahan disyaki pukul pelajar bergilir-gilir
Polis menahan 12 penuntut sebuah universiti awam bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki yang dipukul secara bergilir-gilir hingga cedera.
Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Dia pada asalnya digantung selama empat tahun, namun hukumannya disingkatkan kepada 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Oktober.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik
Pihak ADAMAS juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.
Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.
Atlet olahraga jangan 'syok sendiri'
Annamalai menegaskan sebarang pengambilan produk tambahan perlu dapat kebenaran pegawai perubatan di ISN dan dengan pengetahuan jurulatih.
Jia Xin disahkan positif doping, digantung dua tahun
Atlet wanita itu bakal membuat rayuan susulan hukuman yang diterimanya itu.