KUALA LUMPUR: Atlet lompat tinggi kebangsaan, Ngu Jia Xin disahkan positif doping dan dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun daripada menyertai sebarang kejohanan bermula 2 Jun tahun lepas sehingga 1 Jun 2025.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Konfederasi Olahraga Malaysia (KOM) Datuk R Annamalai yang memaklumkan atlet wanita itu bakal membuat rayuan susulan hukuman yang diterimanya itu.
"Beliau memang mahu membuat rayuan," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Jia Xin dibenarkan untuk mengemukakan rayuan secara bertulis kepada pihaknya selewat-lewatnya pada 24 Jan ini.
"Panel Pendengaran Anti-Doping Malaysia telah memutuskan bahawa atlet telah membuat pelanggaran Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021.
"Keseluruhan proses telah dijalankan dengan telus dan mengikut Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021 dan International Standard for Results Management (ISRM) yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.
Pada Jun tahun lalu, ADAMAS mengumumkan kegagalan ujian doping melibatkan Jia Xin pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang berlangsung pada Februari di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN).
Menurut ADAMAS keputusan doping itu positif terhadap penggunaan bahan terlarang sibutramine.
Jia Xin kemudian digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga keputusan proses pendengaran diumumkan.
Beliau juga dilaporkan menolak untuk mencabar ujian sampel B dan memilih untuk proses pendengaran dijalankan ke atasnya pada Julai lepas.
Dalam pada itu, ADAMAS turut mengingatkan setiap atlet harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang terdapat dalam sampel urin atau sampel darah mereka yang diambil semasa pengujian kawalan doping.
"Ia tidak kira sama ada atlet itu secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan bahan atau kaedah terlarang. Oleh itu, adalah penting untuk semua atlet dan kakitangan sokongan atlet mematuhi peraturan anti-doping dan memahami tanggungjawab mereka di bawah Kod Anti-Doping Dunia," menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Atlet wanita itu bakal membuat rayuan susulan hukuman yang diterimanya itu. - Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.

Tiada jurulatih bantut hasrat Eizlan perbaharui rekod peribadi
Ketiadaan jurulatih tetap di Sabah membantutkan hasrat beliau melakukan lompatan terbaik sekali gus memperbaharui rekod peribadinya.

Sukan SEA Hanoi: Hup Wei akan bersara jika tidak terpilih
Perkara itu akan ditentukan badan induk berkenaan dalam satu mesyuarat khas hari ini.

Olimpik: Ketepi jurulatih, pilih pegawai negeri, KOM dikritik
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) telah dikritik kerana memilih seorang pegawai dari negeri bagi mengiringi atlet ke Sukan Olimpik Tokyo, bulan hadapan.

Nauraj kini berada di ranking kedua dunia
Catatan 2.29 meter pada Kejohanan Terbuka Singapura ke-78 pada Khamis meletakkan Nauraj Singh pada ranking kedua dunia.