KUALA LUMPUR: Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sedang berusaha 'mengejar' atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris melengkapkan modul khas temasya sukan terbesar dunia itu seperti terkandung dalam Anti Doping Education and Learning (ADEL).
Selain meminta atlet menjalani kursus doping secara fizikal di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Pengarah ADAMAS Azura Abidin berkata pihaknya juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara untuk melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.
Beliau berkata bukan sahaja atlet, malah jurulatih serta pegawai sokongan sukan terlibat pada Paris 2024 juga digalakkan melengkapkan modul dalam ADEL yang diiktiraf Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
"Kami telah menggerakkan usaha dengan memohon bantuan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan MSN meminta atlet menjalani modul khas Olimpik ini sejak April lepas.
"Selepas tamat menjalani modul Sukan Olimpik, mereka termasuk atlet terlibat perlu menduduki ujian bagi menguji tahap pemahaman dan perlu lulus dengan 85 markah sebelum diberikan sijil manakala data diperoleh daripada ujian tersebut akan disatukan di peringkat WADA," katanya kepada Bernama.
Walaupun tiada tempoh spesifik ditetapkan pihaknya utuk melengkapkan modul tersebut namun Azura menaruh harapan tinggi agar ia dapat disudahkan mereka yang terlibat termasuk atlet seelok-eloknya sebelum berlepas ke Paris.
"Kalau boleh kita mahu mereka siapkan awal (sebelum ke Paris) jadi mereka boleh tumpukan dengan pertandingan di sana," katanya.
Beliau berkata modul khas Olimpik dalam ADEL penting bagi atlet untuk menambah ilmu mengenai doping termasuk akibat penggunaan bahan terlarang dan membantu mereka bersiap siaga dengan situasi sekiranya dipanggil membuat ujian doping selepas tamat pertandingan.
Dalam pada itu, Azura berkata ADAMAS telah melengkapkan pengambilan sampel kepada hampir keseluruhan 18 atlet yang layak ke temasya sukan empat tahun sekali itu setakat ini.
Antara 18 atlet yang telah mengesahkan tempat ke Paris 2024 ialah jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, pemenang gangsa beregu lelaki Sukan Olimpik 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia.
Sukan Olimpik 2024 dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
Azura berkata, ADAMAS telah melengkapkan pengambilan sampel kepada hampir keseluruhan 18 atlet yang layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris setakat ini. - Gambar fail/Sinar Harian
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik
Pihak ADAMAS juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.
SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.
Sesi pendengaran atlet olahraga gagal doping bulan depan - ADAMAS
Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Februari lepas, dijadual menjalani sesi pendengaran kes pada awal bulan depan.
Atlet 'kantoi' doping tidak jawab surat tunjuk sebab kepada ADAMAS
Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada KOM Februari lepas, memilih untuk tidak menjawab surat tunjuk sebab kepada ADAMAS, walaupun diberi tempoh akhir berbuat demikian hari ini.
Atlet wanita pula positif doping - ADAMAS
Arena sukan angkat berat negara seakan-akan tidak lekang dengan kontroversi apabila seorang atlet wanita didapati positif doping, Oktober lepas.
Shapawi terkejut atlet positif doping
Peringatan bagi pengambilan bahan terlarang berulang kali sudah diberitahu dan ia amat mengejutkan.
Atlet masih lalai penggunaan bahan terlarang dalam suplemen - ADAMAS
Atlet yang disabit kesalahan biasanya tidak tahu makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang.
PKP tidak halang ADAMAS teruskan perjuangan isu doping
ADAMAS masih tetap gigih meneruskan usaha membendung gejala doping.
Sukan Asia: Atlet positif doping digugur serta-merta - Azim
Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ia merupakan salah satu langkah memastikan kontinjen negara mencapai sasaran sifar kes doping pada temasya itu.
Isu doping: Yan Yee berpeluang jalani hukuman minimum
Persekutuan Renang Antarabangsan (FINA) akan menentukan bentuk hukuman ke atas penerjun negara Wendy Ng Yan Yee.