KUALA LUMPUR: Beregu wanita meningkat naik Pearly Tan-M Thinaah mencipta kejutan apabila menjadi satu-satunya wakil negara mara ke final kejohanan badminton Terbuka Switzerland semalam.
Beregu wanita negara yang berada di ranking ke-30 itu, menyingkirkan 'kakak senior' mereka Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang juga pilihan kedua kejohanan 10-21, 21-14, 21-16 dalam perlawanan separuh akhir di St Jakobshalle, Basel.
Bagaimanapun, Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama, sebelum bangkit mengawal permainan hingga menang di set kedua dan ketiga.
Pasangan negara bakal berdepan gandingan adik-beradik dari Bulgaria Gabriela-Stefani Stoeva yang turut mengejutkan pilihan utama kejohanan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai dari Thailand 21-16, 21-14.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia terkandas di separuh akhir selepas tewas 18-21, 10-21 kepada pemain Thailand Kunlavut Vitidsarn.
Nasib sama menimpa beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila dikejutkan oleh pasangan bukan pilihan dari Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 13-21, 21-13, 16-21 manakala perjuangan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing juga tamat selepas kalah kepada gandingan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue 19-21, 10-21.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 06 2021
Pasangan muda negara Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan mereka tewas di set pertama, sebelum bangkit mengawal permainan hingga menang di set kedua dan ketiga. - Facebook BAM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Lelaki maut ketika main bola keranjang
Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain bola keranjang dalam kejadian di sebuah kolej swasta dekat sini pada Rabu.
Persatuan Badminton Indonesia mohon maaf kematian pemain China di AJC
PBSI mengambil sepenuhnya tanggungjawab dengan menguruskan penghantaran pulang mayat pemain itu ke negara kelahirannya.
Pemain badminton China disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung
Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.
Jin Wei 'reda' ke Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatih
Goh Jin Wei akur dengan hakikat bahawa akan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bersendirian tanpa jurulatihnya Nova Armada.
Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1.
Analisis lawan bekal keyakinan Johnathan ke Olimpik
Penembak negara Johnathan Wong menjalankan analisis terhadap kemampuan penembak lain yang bakal bersaing dalam acara 10 meter (m) air pistol di Sukan Olimpik Paris 2024, bulan depan.
Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy
Beregu muda negara itu mendaki lapan anak tangga untuk menduduki ranking ke-20 dunia, iaitu kedudukan terbaik dalam karier.
Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024
Rexy berkata, latihan tambahan itu akan diadakan dua atau tiga kali seminggu melibatkan semua pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia.
Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.
Prestasi memberangsangkan di Chengdu cetus inspirasi buat Jun Hao
Persembahan meyakinkan termasuk mengejutkan pemain di ranking tinggi seperti Angus Ng Ka Long dan Koki Watanabe, memberi inspirasi kepadanya.