Ringkasan AI
- Pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, memenangi kejohanan pertama mereka tahun ini dengan menewaskan Liu Shengshu-Tan Ning di final Terbuka Hong Kong.
- Mereka memenangi set pertama 21-14 dan set kedua 21-13, menunjukkan dominasi yang jelas dalam perlawanan tersebut.
- Ini adalah penampilan kedua berturut-turut mereka dalam final Terbuka Hong Kong dan kemenangan pertama mereka sejak Terbuka Perancis pada Oktober 2022, merapatkan jurang rekod kemenangan mereka kepada 3-4.
Bermula dengan sangat baik, pasangan negara berjaya mematahkan segala asakan daripada wakil China untuk mendahului set pertama 21-14 dalam tempoh 16 minit di Hong Kong Coliseum itu, lapor Astro Arena.
Pertemuan kali ketujuh ini menyaksikan Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan dominasi berganda apabila terus menjarakkan jurang mata 17-8 dalam set kedua untuk menewaskan beregu lawan di ranking ketiga dunia itu.
Mata kemenangan 21-13 akhirnya dicapai susulan kesilapan servis yang dilakukan oleh Liu Shengshu memberikan kemenangan buat wakil tunggal negara menggondol kejuaraan kali ini.
Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kali kedua berturut-turut mereka dalam final Terbuka Hong Kong selepas tahun lalu dan mencatatkan kejuaraan pertama tahun ini.
Mereka meneruskan momentum positif meninggalkan pasangan lawan yang menghuni ranking ketiga dunia itu 20-10 sebelum mengesahkan kemenangan 21-14 dalam kejohanan berstatus Super 500 tersebut.
Gelaran tersebut sekali gus menamatkan kejuaraan hampir dua tahun selepas kali terakhir mereka memenangi kejohanan Jelajah Dunia adalah di Terbuka Perancis pada Oktober 2022.
Kejayaan berkenaan juga merapatkan jurang rekod kemenangan mereka kepada 3-4.