KUALA LUMPUR:Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dijangka mengemukakan rayuan terhadap keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan persatuan itu membayar hampir RM5 juta kepada bekas pemainnya Mohamadou Sumareh.
Mengesahkan surat tuntutan berjumlah USD1.2 juta (kira-kira RM4.9 juta) diterima PBNP Selasa lepas, bekas pengurus Pahang Datuk Mohammed Suffian Awang berkata PBNP akan menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk tindakan lanjut.
Mohammed Suffian yang kini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC berkata khidmat nasihat daripada pakar perundangan bola sepak antarabangsa mungkin juga akan digunakan PBNP dalam menghadapi kes tersebut.
"Ya, keputusan sudah pun ada tetapi kita inginkan justifikasi bagaimana jumlah (diarahkan bayar) itu dicapai.
"Perkara ini akan diserah kepada pihak peguam untuk menilai segala remedi atau langkah sewajarnya dalam tempoh 10 hari untuk kita buat rayuan kepada FIFA, untuk itu PBNP tidak tolak kemungkinan mengambil peguam antarabangsa untuk membantu dalam kes ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut Mohammed Suffian, PBNP mempunyai masa 10 hari daripada tarikh keputusan diterima untuk mendapatkan terma-terma keputusan tersebut.
Media tempatan hari ini melaporkan FIFA mengarahkan PBNP membayar kira-kira RM4.9 juta kepada pemain naturalisasi pertama negara itu susulan kemuncak isu tunggakan gaji bersama Pahang musim lepas.
Sebelum ini, Sumareh mengambil tindakan menamatkan kontraknya berbaki sehingga 2022 bersama Pahang selain membuat aduan rasmi ke FIFA selepas mendakwa terdapat keculasan berhubung pembayaran gaji ketika bersama skuad Tok Gajah musim lepas.
Bagaimanapun, Mohammed Suffian berkata FIFA tidak pernah memanggil PBNP untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.
"FIFA punya penilaian sebelah pihak, ia dipanggil penilaian ex-parte (sebelah pihak)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021
PBNP dijangka mengemukakan rayuan terhadap keputusan FIFA yang mengarahkan persatuan itu membayar hampir RM5 juta kepada Mohamadou Sumareh. - Foto: www.pahangfa.com
AWANI 7:45 [23/12/2024] - Hab Digital Asia Tenggara | Kos rawatan kena munasabah | 47 peratus kurang puas hati | Ikut undang-undang
Malaysia tumpuan utama dunia, pelaburan digital lebih RM141 bilion tahun ini.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Wujudkan akta khusus kawal caj rawatan swasta terlalu tinggi.
Kajian dapati 51 peratus responden pusat hati prestasi kerajaan.
UM henti tugas pensyarah kaitan gangguan seksual.
Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Presiden Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini, kata pegawai.
Agenda AWANI: Pelan hala tuju transformasi AIR 2040
Ketahui cabaran pengurusan dan usaha mentransformasi sektor air negara menerusi pelan hala tuju transformasi AIR 2040 bersama YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam Agenda AWANI 9 malam ini
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi "untuk sementara waktu", kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
[TERKINI] Polis tahan seorang lelaki bakar wanita
Polis New York menahan seorang lelaki ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Runtuhan tebing ancam nyawa
Jabatan Pengairan dan Saliran memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu.
Pesawat baharu A330neo Malaysia Airlines bermasalah, Airbus jamin beri sokongan penuh
Pesawat yang dilengkapkan dengan teknologi enjin terbaharu Rolls Royce, mengalami masalah teknikal selepas melakukan penerbangan sulung yang dikaitkan dengan kebimbangan membabitkan kualiti pengeluaran serta proses penghantarannya.
Agenda AWANI: Isu doktor letak jawatan | Selesaikan segera
Apa strategi yang perlu segera diambil bagi menangani masalah peletakan jawatan pakar perubatan awam di negara ini supaya tidak menggugat ketahanan sektor kesihatan awam? Diskusi 8.30 malam
PBNP akan rayu keputusan FIFA arah bayar RM4.9 juta
PBNP dijangka mengemukakan rayuan terhadap keputusan FIFA yang mengarahkan persatuan itu membayar hampir RM5 juta kepada Mohamadou Sumareh.
PBNP gantung Sumareh dua tahun
Hukuman bagi keempat-empat kesalahan itu yang dilakukan sewaktu pemain itu bersama skuad Tok Gajah, berjalan serentak.
Isu penamatan kontrak Forkey Doe jelas, ambil tindakan undang-undang terhadap Sumareh - PBNP
Surat persetujuan bersama pada April 2018 menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak selepas penyerang kelahiran Liberia itu ditimpa kecederaan lutut serius.
Sumareh akhirnya buka mulut status dengan Pahang
Perkhabaran terbaru itu, sekali gus menafikan perpindahannya bersama pasukan gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Sumareh kini berstatus pemain tempatan
Ahli Lembaga Pengarah MFL membenarkan rayuan pasukan Pahang untuk mendaftarkan pemain kelahiran Gambia itu sebagai pemain tempatan pada Jendela Perpindahan Pertama musim 2019.
Status Sumareh diketahui Rabu depan
Rayuan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) itu yang diterima pada 19 Dis tahun lepas perlu mengikut prosedur menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL.
Pahang tidak akan rayu keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM
Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) masih berpegang pada keyakinan bahawa persatuan itu tidak melakukan sebarang kesalahan
TMJ harap hukuman ke atas Pahang diringankan
Tegas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tempoh larangan memohon lesen Kelab Bola Sepak Asia (AFC) selama dua ke atas pasukan Pahang adalah terlalu lama.
Presiden PBNP janji bawa Pahang kembali teratas dalam Liga M
"Saya akan terus berusaha untuk meletakkan Pahang antara pasukan teratas dalam Liga Malaysia, itu janji Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Prestasi hambar Pahang: Memang salah, silap saya - Presiden PBNP
"Memang salah saya...silap saya. Segala cemuhan, kritikan dan teguran saya terima dengan hati terbuka," kata Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman.