TOKYO: Biarpun mempertahankan emas di Sukan Paralimpik Tokyo, jaguh olahraga kebangsaan Abdul Latif Romly ternyata gagal mengawal emosinya, selepas tidak berupaya memecahkan rekod dunia miliknya sendiri di sini.
Abdul Latif yang memenangi emas keduanya dalam acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) selepas kali pertama melakukannya di Rio 2016, merupakan pemegang rekod dunia lompatan sejauh 7.64 meter (m) di Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.
Datang dengan misi untuk membuat lompatan sejauh 8m, atlet berusia 24 tahun yang membuat lompatan terbaik sejauh 7.45m pada percubaan keduanya itu juga, sama sekali tidak menduga apabila tidak berjaya melengkapkan lompatannya semalam.
"Alhamdulillah, saya bersyukur menang kali kedua di pentas Paralimpik walaupun kecewa tidak dapat pecahkan rekod dunia.
"Saya juga kecewa tak dapat habiskan lompatan, selalunya kejohanan atau temasya besar saya habiskan, pertama kali jadi macam ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat.
Atlet dari Perlis itu dihimpit kecederaan selepas mencatat 5.56m pada lompatan kelimanya dan menyebabkannya tidak dapat meneruskan aksinya.
Beliau kemudian terpaksa diusung dengan kerusi roda oleh pegawai perubatan untuk menerima rawatan lanjut, namun emas tetap memihak kepada Malaysia.
Mengulas lanjut, beliau mengesyaki sudah mengalami kecederaan selepas tergelincir pada lompatan keempat yang menyaksikan percubaannya dibatalkan, sebelum keadaan kaki kirinya bertambah buruk selepas lompatan kelima.
"Saya cedera selepas 'take off' pada lompatan kelima, mungkin 'groin injury', nak berdiri pun sakit," katanya yang belum pernah mengalami kecederaan sedemikian sebelum ini.
Katanya beliau akan menunggu keputusan daripada pegawai perubatan pertandingan bagi mengetahui sejauh mana tahap kecederaannya selepas ini.
Sementara itu, Abdul Latif yang kelihatan sebak sepanjang ditemu bual itu mahu mendedikasikan pingat dimenanginya kepada keluarganya, selepas kali terakhir berjumpa mereka hujung tahun lepas.
Beliau juga menarik perhatian mahu menghadiahkan kejayaannya itu kepada jurulatihnya Shahrul Amri Suhaimi, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-38, kelmarin (2 Sept).
"Pingat ini juga bukti kemenangan di Rio 2016 bukanlah nasib, saya menang lagi di sini. Saya nak cuba capai kemuncak karier di Paris 2024 dan melakukan lompatan sejauh 8m," tambahnya yang turut memegang rekod Paralimpik di Brazil dengan lompatan sejauh 7.60m.
Saingan sebelah petang di Stadium Olimpik menyaksikan Abdul Latif berada dalam kelas tersendiri apabila terus memimpin kedudukan dengan lompatan pertamanya, 7.26m, yang sudah cukup mengesahkan emas buat Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Meskipun cedera, Latif terus 'terbang tinggi', sumbang emas ketiga negara
Athanasios Prodromou dari Greece merangkul perak menerusi lompatan terbaik 7.17m, manakala lompatan sejauh 7.12m membantu atlet Australia, Nicholas Hum untuk membawa pulang gangsa.
Kejayaan Abdul Latif Stadium Olimpik pada semalam menyaksikan kontinjen Malaysia telah mengutip tiga emas sekali gus mencapai sasaran ditetapkan sebelum ini.
Pemenang pingat emas Malaysia yang lain adalah jaguh powerlfiting Bonnie Bunyau Gustin dan Cheah Liek Hou dari sukan badminton, manakala Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia) pula meraih perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021

Atlet berusia 24 tahun yang membuat lompatan terbaik sejauh 7.45m pada percubaan keduanya. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Isu subsidi, gaji polis jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Isu subsidi minyak masak dan subsidi di bawah kawal selia KPDNHEP antara persoalan yang akan dibangkitakn dalam persidangan Dewan Rakyat.

Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo

Liek Hou tidak sabar tamatkan kuarantin, rindu masakan ibu, isteri
Liek Hou muncul pemenang pingat emas pertama acara badminton dalam sejarah Sukan Paralimpik selepas menewaskan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, 21-17, 21-15.

Paralimpik Tokyo 2020: Kontinjen negara akhiri saingan dengan pencapaian terbaik
Berakhirnya saingan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan kontinjen Malaysia menamatkan saingan dengan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan dalam saingan tersebut.

Kontroversi Ziyad, satu pengajaran yang mahal harganya - CDM
Ia satu pengajaran yag besar buat Malaysia terutama bagi jurulatih untuk lebih bersedia pada masa hadapan.

Bapa Abdul Latif bayar nazar dengan cukur kepala
Abdul Latif suarakan hasrat untuk berkahwin dengan gadis pilihan yang dikenali sejak zaman sekolah.

CDM sangkal dakwaan Muhammad Ziyad lewat 28 minit
Megat D Shahriman berkata dakwaan seperti dilapor sebuah akhbar tempatan yang memetik sumber kontinjen negara itu tidak tepat.

Paralimpik Tokyo 2020: Abdul Latif kecewa tak dapat buat lompatan 8 meter
Atlet dari Perlis itu dihimpit kecederaan selepas mencatat 5.56m pada lompatan kelimanya dan menyebabkannya tidak dapat meneruskan aksinya.

Paralimpik Tokyo 2020: Malaysia akhirnya capai sasaran pingat
Kontinjen Malaysia nampaknya terpaksa menunggu sehingga malam tadi bagi meraikan kejayaan berkenaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 September 2021.