TOKYO: Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli lewat ke venue pertandingan 28 minit, Selasa lepas.
Megat D Shahriman berkata dakwaan seperti dilapor sebuah akhbar tempatan Jumaat lepas yang memetik sumber kontinjen negara itu tidak tepat selain tidak pernah memberi sebarang input kepada mana-mana pihak mahupun pemberita berkenaan.
"Saya menyangkal dakwaan laporan akhbar itu. Cerita yang diberikan sumber itu tunggang-langgang," katanya kepada Bernama.
Megat D Shahriman berharap individu yang melakukan tindakan sedemikian agar lebih bertanggungjawab kerana sebarang spekulasi yang tidak benar mampu menjejaskan proses siasatan melibatkan isu penarikan semula pingat emas Muhammad Ziyad yang menyertai acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) baru-baru ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia sedia dihubungi oleh pihak media pada bila-bila masa sekiranya mereka mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan.
Selasa lepas, Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang juga rekod baharu dunia.
Beliau telah diklasifikasikan sebagai "Did Not Start (DNS)" atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Jumaat lepas, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan Muhammad Ziyad di temasya berprestij itu.
Menurut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, jawatankuasa itu akan berada di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN) dengan penglibatan anggota bebas.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Borhan Dolah dan ahlinya terdiri daripada bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salim Parlan dan Ketua Jurulatih Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Mohd Manshahar Abdul Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 05 2021

Megat D Shahriman berkata sebarang spekulasi yang tidak benar mampu menjejaskan proses siasatan. - Foto BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Isu subsidi, gaji polis jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini
Isu subsidi minyak masak dan subsidi di bawah kawal selia KPDNHEP antara persoalan yang akan dibangkitakn dalam persidangan Dewan Rakyat.

Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo

Liek Hou tidak sabar tamatkan kuarantin, rindu masakan ibu, isteri
Liek Hou muncul pemenang pingat emas pertama acara badminton dalam sejarah Sukan Paralimpik selepas menewaskan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, 21-17, 21-15.

Paralimpik Tokyo 2020: Kontinjen negara akhiri saingan dengan pencapaian terbaik
Berakhirnya saingan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan kontinjen Malaysia menamatkan saingan dengan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan dalam saingan tersebut.

Kontroversi Ziyad, satu pengajaran yang mahal harganya - CDM
Ia satu pengajaran yag besar buat Malaysia terutama bagi jurulatih untuk lebih bersedia pada masa hadapan.

Bapa Abdul Latif bayar nazar dengan cukur kepala
Abdul Latif suarakan hasrat untuk berkahwin dengan gadis pilihan yang dikenali sejak zaman sekolah.

CDM sangkal dakwaan Muhammad Ziyad lewat 28 minit
Megat D Shahriman berkata dakwaan seperti dilapor sebuah akhbar tempatan yang memetik sumber kontinjen negara itu tidak tepat.

Paralimpik Tokyo 2020: Abdul Latif kecewa tak dapat buat lompatan 8 meter
Atlet dari Perlis itu dihimpit kecederaan selepas mencatat 5.56m pada lompatan kelimanya dan menyebabkannya tidak dapat meneruskan aksinya.

Paralimpik Tokyo 2020: Malaysia akhirnya capai sasaran pingat
Kontinjen Malaysia nampaknya terpaksa menunggu sehingga malam tadi bagi meraikan kejayaan berkenaan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 September 2021.