Ketua kontinjen negara ke Sukan Paralimpik 2016, Dr Ang Kean Koo melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian dua atlet olahraga yang berjaya merealisasikan impian negara untuk meraih emas di Rio de Janeiro, Brazil.
Katanya, komitmen dan kesungguhan kedua-dua atlet berkenaan iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhamad Ziyad Zolkefli telah terbalas dan memberikan hasil yang sangat membanggakan negara dengan dua kali berkumandangnya lagu Negaraku di Stadium Olimpik Rio.
"Sebagai CDM saya mewakili semua tenaga pekerja dan rakyat Malaysia ingin melahirkan rasa bersyukur yang tidak terhingga atas kejayaan Ridzuan dan Ziyad.
"Penat lelah dan usaha gigih selama ini telah terbalas dan membuahkan hasil yang sangat membanggakan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut Dr Ang, kedua-dua atlet olahraga itu juga berjaya melunaskan tanggungjwab yang digalas mereka apabila menepati sasaran menyumbang pingat emas buat kontinjen negara.
Dr Ang berkata kontinjen negara mempunyai peluang untuk meraih pingat emas ketiga dalam acara lompat jauh F20 menerusi Abdul Latif Romly, yang dijadualkan beraksi pada 8.30 malam ini (waktu Malaysia).
BACA: Paralimpik Rio: Malaysia lakar sejarah raih dua emas
"Sama-samalah kita berdoa," katanya.
Mohamad Ridzuan menyumbang pingat emas pertama negara apabila memenangi acara 100m T36 dengan catatan masa 12.07 saat.
BACA: Paralimpik Rio 2016: Terima kasih Ridzuan dan Ziyad, kami bangga dengan kejayaanmu!
Catatan masa yang dibuat oleh atlet yang berasal dari Padang Besar, Perlis itu juga merupakan rekod kejohanan yang baharu, berbanding 12.25s yang dibuat atlet dari Ukrain, Roman Pavlyk di temasya di Beijing 2008.
Muhamad Ziyad pula merangkul emas kedua buat Malaysia dalam acara lontar peluru F20.
Selain berjaya meraih emas, beliau turut mencipta rekod dunia acara itu dengan catatan 16.84m. Muhammad Ziyad memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2016

Muhammad Puzi (gambar) menyumbang pingat emas pertama negara apabila memenangi acara 100m T36 dengan catatan masa 12.07 saat. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Paralimpik 2016: Wira negara selamat tiba
Suasana di Kompleks Bunga Raya, KLIA sekali lagi bergema dengan sorakan peminat sukan tanah air apabila menerima ketibaan wira dan wirawati paralimpik negara.

Paralimpik Rio 2016: Penat lelah, usaha gigih mereka terbalas - CDM
Ketua kontinjen negara ke Suka PParalimpik 2016, Dr Ang Kean Koo melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian dua atlet olahraga yang berjaya merealisasikan impian negara untuk meraih emas.