KUALA LUMPUR:Beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mencipta kejutan ke atas pasangan nombor lapan dunia Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja pada pusingan suku akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand Toyota di Bangkok semalam.
Pasangan negara yang berada di kedudukan ke-35 dunia itu mengambil masa 68 minit untuk melakar kemenangan 12-21, 21-19, 21-19 menentang pasangan pilihan keenam dari Indonesia itu di Impact Arena.
"Kami bergelut pada set pertama. Mungkin kami tidak biasa dengan permainan yang perlahan. Kami belum pernah bermain di Gelanggang Dua dan ia menyukarkan kami. Pada set kedua dan ketiga, perlahan-lahan kami mendapatkan rentak semula dan bermain dengan agak baik.
"Mereka mempunyai kelebihan, secara fizikal kami mungkin tidak sekuat mereka tetapi taktik kami dan kelajuan Yee See di depan lebih pantas berbanding mereka dan ini menjadikan perlawanan kami lebih lancar," kata Pang Ron seperti dipetik dalam laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.com.
Pang Ron-Yee See akan bertemu pasangan nombor enam dunia Seo Seung Jae-Chae Yujung dari Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir hari ini.
"Seperti yang saya katakan sebelum setiap perlawanan, tiada tekanan kerana kami pasukan 'underdog', jadi diharap kami dapat membawa pulang sesuatu untuk Malaysia," kata Pang Ron mengulas mengenai pihak lawan yang merupakan pasangan pilihan keempat.
Turut mara ke separuh akhir adalah beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Sementara itu, Liew Daren gagal meneruskan persembahannya pada acara perseorangan lelaki apabila tewas 16-21, 15-21 kepada pemain pilihan keempat Viktor Axelsen dari Denmark.
Keputusan suku akhir:
(Nota: pemain Malaysia kecuali dinyatakan; tanda [ ] menunjukkan pemain pilihan)
Perseorangan lelaki:
Liew Daren kalah kepada [4] Viktor Axelsen (DEN) 16-21, 15-21
Beregu lelaki:
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kalah kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (IND) 18-21, 22-24
[8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn Goh V Shem-Tan Wee Kiong 21-16 21-13
Beregu wanita:
Vivian Hoo-Yap Cheng Wen kalah kepada [3] Seo Lee So Hee-Shin Seung Chan (KOR) 13-21, 16-21
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn M.Thinaah-Pearly Tan Koong Le 22-20, 21-12
Beregu campuran:
[5] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kalah kepada Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa (IND) 21-18, 22-24, 20-22
Hoo Pang Ron-Cheah Yee See mn [6] Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja (INA) 12-21, 21-19, 21-19
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021
![Pang Ron - Yee See cipta kejutan di Terbuka Thailand Pang Ron - Yee See cipta kejutan di Terbuka Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611351739_PANGRONYEESEEBADMINT.jpg)
Pang Ron-Yee See (gambar) mengambil masa 68 minit untuk melakar kemenangan 12-21, 21-19, 21-19 menentang pasangan pilihan keenam dari Indonesia. - Facebook @BAMalaysia
![PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739418265_NarendraModi.jpg)
PM India tiba di AS untuk perbincangan dengan Trump
Modi yang merupakan pemimpin asing keempat melawat Trump sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden, turut dijadual bertemu usahawan teknologi Elon Musk.
![PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
![Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739416894_KBSentral.jpg)
Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral
Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan KB Sentral sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415707_CheTa.jpg)
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
![Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737724237_AhmadZahidHamidi.jpg)
Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.
![Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736079641_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.
![Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733929636_AhmadZahidHamidi.jpg)
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
![MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733917917_TBAHMADZAHID.jpg)
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
![Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733818285_TBASYRAFWAJDI.jpg)
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
![Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733414374_MajlisAnugerahUsah.jpg)
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
![MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
![Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732028568_TBMOSTI.jpg)
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
![Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729980741_TBMARA.jpg)
Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang
MARA memaklumkan pihaknya memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat yang disyaki menyeleweng dana latihan penerbangan itu.
![97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah 97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684818102_RubiahWang.jpg)
97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah
Rubiah berkata senarai hitam itu dikenakan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman dalam tempoh tiga bulan dan hanya terangkum dalam pengurusan MARA sahaja.