Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, serta atlet berbasikal trek sensasi Malaysia, Azizulhasni Awang, menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) sempena Ulangtahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Pandelela dan Azizul menerima penganugerahan itu dalam istiadat yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, pada Khamis.
Pemenang pingat perak acara terjun 10 meter platform seirama wanita, Pandelela, serta pemenang pingat gangsa acara berbasikal keirin lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni, merupakan antara 85 penerima anugerah AMN.
Seramai 303 individu keseluruhan menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan 2016 kali ini.
Turut berangkat ke istiadat tersebut, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.
Astro Arena
Thu Oct 27 2016

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan bergambar kenangan bersama penerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN), Pandelela Rinong (kananK dan Azizulhasni Awang (kiri). - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pandelela, Azizul terima pingat Ahli Mangku Negara
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, serta atlet berbasikal trek sensasi Malaysia, Azizulhasni Awang, menerima pingat Ahli Mangku Negara.