ISKANDAR PUTERI: Masih terlalu awal untuk menilai tahap dan kemampuan Ketua Jurulatih baharu Harimau Malaya Kim Pan Gon, dalam mengendalikan skuad kebangsaan, kata pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Baginda bertitah kemampuan seseorang jurulatih itu tidak boleh diukur berdasarkan saingan bagi satu musim sahaja, sebaliknya pengendali berusia 52 tahun itu perlu diberikan masa untuk membuktikan kemampuannya, bagi membawa kejayaan buat skuad Harimau Malaya.
"Saya pun masa baru ambil JDT, satu tahun saya tidak menang apa-apa, kalah sahaja, apabila seri itu rasa macam bersyukur sangat, kerana (ketika itu) saya baru ambil JDT. Mana pernah menang.
"Jadi tidak boleh nilai seseorang jurulatih untuk satu musim, sekurang-kurangnya kena bagi dua musim. Bagi dia (Pan Gon) masa, dia tahu apa dia buat," titah baginda pada sidang media, di sini hari ini.
Baginda bertitah demikian ketika diminta pandangan sama ada jurulatih dari Korea Selatan itu merupakan individu yang tepat untuk mengendalikan pasukan kebangsaan.
Mengulas lanjut, Tunku Ismail berpendapat pelantikan Pan Gon sebagai satu langkah positif dan akan memberikan satu kelainan, kerana beliau mempunyai perancangan buat skuad Harimau Malaya.
"Saya rasa langkah positif untuk Harimau Malaya. Kali ini akan akan berbeza, sebab apabila saya lihat struktur yang dia tunjukkan kepada saya, amat positif. Lebih kurang macam struktur kita di sini (JDT).
"Sebelum ini tidak ada, tetapi kini betul-betul ada plan, ada pasukan perubatan, betul-betul pantau setiap pemain dalam negara," titah baginda.
Skuad Harimau Malaya dijadual berdepan Filipina pada 23 Mac dan Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Singapura, sebelum bertemu pasukan Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.
Ketika ditanya mengenai perkembangan penajaan kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tunku Ismail menjelaskan, baginda akan melawat stadium berkenaan pada Sabtu ini.
"Jika ada kelulusan daripada kerajaan untuk (tajaan tanam rumput baharu) Stadium Nasional Bukit Jalil, saya akan buat secepat mungkin," titah baginda.
Terdahulu, Tunku Ismail mengumumkan bahawa JDT menjalinkan kerjasama strategik dengan Universal Music South East Asia dan Def Jam Recordings SEA, bagi menghasilkan lagu tema rasmi kelab itu yang dilancarkan hari ini berjudul 'Pioneers'.
Lagu berkenaan menampilkan penyanyi rap terkenal antarabangsa Snoop Dogg dan penyanyi rap tanah air, Joe Flizzow.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Tunku Ismail pada majlis menandatangani perjanjian Kelab JDT dengan Universal Music South East Asia dan Def Jam Recordings SEA bagi mengeluarkan lagu tema rasmi kelab JDT iaitu Pioneers hari ini - Foto BERNAMA
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak Asia Tenggara
Perbincangan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara pemilik JDT, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, bersama Ketua Umum PSSI, Erick Thohir.
TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berasakan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, wajar melayangkan kad merah kepada Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada.
Apabila anda ada Ferrari, anda perlu ada Schumacher - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu ciapan X memberi pujian buat pemain tengah veteran kelab itu, Natxo Insa.
Penubuhan JTDC jadikan Johor negeri pertama tawar gaji premium sehingga RM5,000 - TMJ
Johor bakal menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi, titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Penubuhan unit baharu pantau skuad kebangsaan perlu lebih penjelasan
Perancangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mewujudkan unit baharu bagi memantau prestasi dan menguruskan pasukan bola sepak negara secara khusus perlu penjelasan yang lebih menyeluruh.
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ
Menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi Tunku Ismail, baginda turut mengimbau tindakan denda sebelum ini yang dikenakan terhadap beliau dan juga pasukannya, JDT.
Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M
Perjanjian itu dibatalkan apabila orang Melayu bergabung dalam UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.