BUTTERWORTH: Nostalgia menunggang basikal tua ke sekolah pada zaman remaja mendorong seorang warga emas untuk mengumpul basikal klasik yang diperoleh hasil pencarian dari seluruh negara.
Ahmad Fauzi Ismail, 61, mula membeli basikal-basikal klasik itu sejak 1990-an dan sehingga kini mempunyai lebih 40 buah basikal klasik yang kesemuanya masih boleh ditunggang dengan baik.
"Semuanya bermula dengan sebuah basikal tua peninggalan arwah ayah yang saya gunakan ketika ke sekolah dulu...seterusnya pada 1990-an, saya telah bekerja jadi ada duit lebih sikit. Ketika itu saya mula mencari basikal-basikal klasik ini sebelum membelinya untuk dijadikan koleksi.
"Dari situ mula timbul hobi untuk terus mengumpul basikal-basikal klasik dan saya terus mencari serta membeli. Sekarang ada lebih 40 buah basikal klasik yang dikeluarkan sekitar 1940-an dan 1960-an kebanyakannya berjenama Hercules dan Raleigh buatan England," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Sungai Dua, di sini.
Bekas pekerja kilang itu berkata beliau membeli basikal-basikal berkenaan dari beberapa negeri termasuk Kelantan, Johor dan Pahang dengan kesemuanya dipos menggunakan khidmat syarikat kurier malah ada dibeli di sekitar Pulau Pinang yang dalam keadaan rosak sebelum dibaikinya.
Tambahnya, penyelenggaraan perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan kesemua basikal klasiknya itu berada dalam keadaan baik serta boleh ditunggang pada bila-bila masa.
Beliau yang lebih mesra disapa Pak Lang G berkata, sekarang ini alat ganti untuk penyelenggaraan atau menukar barang rosak pada basikal klasik itu agak mudah diperoleh kerana ia dibawa masuk dari China berbanding 20 tahun lepas berikutan basikal model tersebut tidak lagi dijual ketika ini.
Menurut Ahmad Fauzi, dari segi kos membeli basikal klasik, ia berharga RM200 hingga RM1,000 namun kos penyelenggaraan agak tinggi berikutan alat ganti yang sedikit mahal berbanding basikal biasa.
Berikutan sukar diperoleh, ada peminat barang antik 'memujuk' Ahmad Fauzi agar menjual basikal klasik dalam simpanannya, malah ada yang sanggup menawarkan harga beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding harga asal demi memiliki basikal antik itu.
"Sejak mula mengumpul koleksi basikal klasik ini baru sekali saya jual, itu pun kepada kawan baik. Selepas basikal itu dijual, saya jadi tidak senang duduk malah tidak boleh tidur hingga beberapa malam kerana memikirkan kenapa saya jual basikal tersebut... sayang basikal itu hanya Allah saja yang tahu.
"Alhamdulillah kawan saya jaga dengan baik basikal tersebut sehingga sekarang. Sejak itu, saya memang tidak jual lagi koleksi-koleksi basikal yang ada, biarlah saya jaganya sendiri," katanya yang bekerja sebagai penggali kubur sejak 30 tahun lepas.
Ahmad Fauzi berkata setiap basikal klasik miliknya itu mempunyai sejarah dan 'peranan' tersendiri dan beliau sendiri mengingati peranan tersebut supaya mudah untuk menceritakan kepada sesiapa yang bertanya.
Katanya, ada dalam koleksi basikal klasik miliknya itu pernah digunakan oleh posmen di Jepun dan Singapura pada zaman dahulu untuk mereka menghantar surat yang mana kedua-dua basikal tersebut memang mendapat permintaan tinggi daripada peminat.
"Ada pernah tawarkan sebuah basikal klasik sehingga harga RM3,000 tapi saya memang tak jual, lagipun anak-anak saya iaitu tiga lelaki dan dua wanita juga menunjukkan minat untuk bersama-sama menjaga semua koleksi basikal klasik yang ada ini," katanya yang sering mengayuh basikal bersama isterinya Jamaliah Soud, 58.
Beliau berkata semua basikal klasik yang ada kini sering digunakan dalam aktiviti bersama komuniti di Sungai Dua selain menerima jemputan untuk membawa pengantin dan penggambaran terutama musim perayaan serta perkahwinan.
"Untuk Hari Raya nanti pun ramai yang dah tempah bagi penggambaran, dari segi kos sewa memang saya tidak tentukan kadarnya sebaliknya penyewa membayarnya dengan ikhlas dan seterusnya saya cuma ambil duit untuk kos penyelenggaraan sahaja manakala bakinya didermakan ke Tabung masjid berhampiran rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022
Ahmad Fauzi yang ditemui di kediamannya di Sungai Dua, sedang membersihkan basikal yang pernah digunakan oleh posmen Jepun pada zaman dahulu. - Bernama
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pak Lang G miliki koleksi lebih 40 basikal klasik
Semuanya bermula dengan sebuah basikal tua peninggalan arwah ayahnya yang digunakan ketika ke sekolah dahulu.
Diusik memori basikal arwah bapa, 25 tahun Azizan kumpul koleksi 'legend'
Nostalgia menunggang basikal 'tua' ketika ke sekolah pada zaman remaja menyebabkan seorang warga emas mengambil keputusan menyimpan koleksi basikal 'legend' berkenaan.