SELEPAS Kiko Insa dan Matthew Davies, Pahang bakal mempunyai seorang lagi pemain berstatus naturalisasi apabila Mohamadou Sumareh kini dikatakan dalam proses mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Perkara itu disahkan pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh, selepas menyaksikan Tok Gajah menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Menurut Che Nasir, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) kini dalam proses melengkapkan dokumen berkaitan bagi membolehkan Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan pada jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia, bermula esok hingga 11 Jun ini.
"Kalau ikutkan, dia sudah lama di Malaysia tetapi saya tidak tahu sejauh mana daripada segi perundangan, sama ada boleh atau tidak. Kami akan semak terlebih dahulu.
"Kami akan mengetengahkan perkara ini kepada PBNP dan jika (presiden) Tengku Abdul Rahman (Sultan Ahmad Shah) bersetuju, kami akan teruskan perancangan ini," katanya.
Mana-mana pemain yang mempunyai kerakyatan Malaysia boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan seperti ditetapkan penganjur Liga Malaysia, Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).
Sementara itu, jurulatih Pahang, Dollah Salleh, amat mengalu-alukan usaha itu demi kebaikan pasukannya.
"Saya kena tanya tuan punya badan, barulah kami boleh berbincang. Bagi saya, tiada salahnya kerana dia sudah berada di Malaysia selama 11 tahun. Dia dibesarkan di sini juga, kalau boleh lagi bagus," katanya.
Sumareh, yang juga bekas pemain PDRM dan Perlis pula ketika ditemui, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut perkara itu, namun mengakui sedia berbuat demikian.
"Saya belum boleh memberi sebarang komen mengenai isu naturalisasi ini. Kalau ia sudah berlaku, barulah saya boleh beri penjelasan tetapi buat masa ini saya tidak boleh memberi komen lagi," kata Sumareh.
Pahang menewaskan Negeri Sembilan 2-1 untuk mara ke perlawanan akhir dengan agregat 3-1 dan akan bertemu Kedah dalam final Piala FA pada 20 Mei ini.
Astro Arena
Sun May 14 2017
Menurut Che Nasir, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) kini dalam proses melengkapkan dokumen berkaitan bagi membolehkan Sumareh didaftarkan sebagai pemain tempatan. - Foto Astro Arena
Olimpik Paris: TPM zahir ucapan terima kasih kepada pemain beregu badminton negara
Ahmad Zahid berkata semangat juang Aaron-Wooi Yik membuktikan Malaysia tidak mudah ditundukkan dan mampu bersaing di peringkat tertinggi.
Panas melampau ragut lebih 176,000 nyawa setiap tahun di Eropah - WHO
WHO Rantau Eropah dengan 53 negara anggota, memanas pada kadar dua kali ganda purata global.
Ribuan orang termasuk pemimpin negara Arab, Islam hadiri pengebumian Haniyeh di Doha
Kehadiran ribuan orang sewaktu solat jenazah dan upacara pengebumian Haniyeh jelas menunjukkan nilai penghormatan yang tinggi kepadanya.
Beberapa negara adakan solat jenazah ghaib, perarakan untuk Ismail Haniyeh
Jenazah Haniyeh dibawa ke Doha untuk pengebumiannya selepas solat Jumaat.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Pembunuhan Haniyeh tidak membantu untuk gencatan senjata Gaza - Biden
Biden juga berkata beliau telah mengadakan perbincangan "secara berterus terang" dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
DOSM yakin selesaikan Banci Pertanian 2024 Oktober ini
Pada masa ini, pelaksanaan bancian yang dimulakan pada 7 Julai lepas telah mencapai tahap 30 peratus.
YADIM disaran tingkat usaha sebar nilai rahmah dalam dakwah
Aktiviti serta program kemasyarakatan bersama komuniti merentasi budaya dan agama perlu diteruskan untuk memupuk kerukunan dalam masyarakat.
Paris 2024: Lee Zii Jia tumpaskan rakan karib, jumpa Kunlavut di separuh akhir
Perseorangan negara, Lee Zi Jia, membuktikan ketangkasannya ketika berjaya mengecewakan rakan karibnya, Anders Antonsen, dalam pertemuan suku akhir di Arena Porte de La Chapelle, sebentar tadi.
11 maut bangunan lima tingkat di Manila terbakar
Sekurang-kurangnya 11 maut dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman dan komersial lima tingkat di kawasan chinatown di Manila, Filipina pada Jumaat.
Pahang bakal dapat seorang lagi pemain naturalisasi
Mohamadou Sumareh kini dikatakan dalam proses mendapatkan kerakyatan Malaysia.