KUALA LUMPUR: Malaysia Football League (MFL) mengumumkan syarikat minuman Origina sebagai penaja baharu TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023 bermula 26 Oktober ini.
Dengan pengumuman ini, Origina akan menjadi pembekal rasmi minuman jus dan susu untuk Liga Malaysia.
Menurut Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, kehadiran Origina sebagai satu lagi penaja membuktikan industri bola sepak domestik semakin rancak selaras dengan populariti Liga Malaysia.
“Kehadiran Origina telah memberikan satu mesej penting dimana syarikat ini menaruh keyakinan tinggi kepada Liga Malaysia yang sentiasa memberikan potensi serta pendedahan positif bukan sahaja kepada produk mereka tetapi penglibatan mereka di dalam liga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalimgam berkata kerjasama MFL dan Origina bakal menjadi penanda aras yang baik khusus dari sektor ekonomi.
“Dengan lebih banyak jenama baharu yang pada tradisinya tidak sinonim dengan bola sepak sudah mula menyertai Liga Malaysia, kerjasama ini membuktikan bahawa kami mempamerkan nilai korporat sebenar yang diperlukan dalam penajaan sukan moden.
“Kami percaya kerjasama ini dapat memartabatkan bola sepak Malaysia dan mengukuhkan lagi jenama menerusi aktiviti yang akan dilaksanakan untuk mendekatkan lagi produk minuman dengan peminat kelab Liga Malaysia,” jelasnya.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif (CEO) Origina, Fatin Diana menyifatkan kerjasama pertama antara MFL dan Origina dapat meluaskan jenama itu ke seluruh pelusuk Malaysia.
“Kami berharap Origina akan menjadi minuman ideal membantu menyegarkan bukan hanya pemain bola sepak malah atlet negara agar komited semasa latihan intensif dalam meningkatkan tahap prestasi permainan mereka,” katanya.
Faida Rahim
Tue Oct 25 2022

Menurut Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, kehadiran Origina sebagai satu lagi penaja membuktikan industri bola sepak domestik semakin rancak selaras dengan populariti Liga Malaysia. - Gambar/Origina MFL

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Origina pembekal minuman rasmi Liga Malaysia - MFL
Malaysia Football League (MFL) umum syarikat minuman Origina sebagai penaja baru TM Piala Malaysia 2022 dan Liga Malaysia 2023 bermula 26 Oktober ini.

Saingan Liga Malaysia bakal bersambung - Ini perkara penting anda perlu tahu
Berita baik kepada peminat bola sepak tempatan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) umumkan saingan Liga Malaysia bakal bersambung bermula 26 Ogos depan.

Saingan Liga Malaysia bersambung 26 Ogos depan - MFL
Saingan Liga Malaysia bakal bersambung pada 26 Ogos depan selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu akibat pandemik COVID-19.

Liga Super: Selangor terkulai di Shah Alam
Hasrat Selangor untuk raih kemenangan pertama tidak kesampaian apabila dibelasah PKNS 0-4 di Stadium Shah Alam.

Kualiti trofi ABK dipertikai, MFL akui kesilapan dalam tempahan
MFL juga berjanji akan menghubungi semua pemenang dan menggantikan trofi tersebut, sesuai dengan standard dan kualiti yang ingin dipersembahkan.