Pasukan ranking ke-90 dunia, Oman menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Airmarine dengan menewaskan Singapura 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini malam tadi.
Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.
Selaku juara, pasukan Oman membawa pulang piala dan pingat yang disampaikan oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Ahmad Joehari Ayub.
Dalam aksi malam tadi, Oman sememangnya menguasai permainan dalam separuh pertama permainan dengan melancarkan serangan keras ke kubu Singapura dan mereka terpaksa menanti sehingga 22 minit untuk memecah kebuntuan melalui tandukan Abdul Aziz Humaid Al-Maqbali, hasil hantaran silang daripada Raed Ibrahim Saleh.
Singapura hampir mendapat gol penyamaan tetapi pengadil Suhaizi Shukri menolak permintaan daripada pemain Singapura untuk mendapatkan penalti, biarpun tendangan Yasir Hanapi dikatakan jelas kena tangan Jameel Salem dalam kotak penalti pada minit ke-44 dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.
Selepas babak kedua bermula, kedua-dua pasukan saling menyerang tetapi Singapura mendapat gol penyamaan menerusi pemain gantian, Muhammad Zulfahmi Arifin yang melakukan tendangan lencong ke sudut kiri gawang Oman.
Kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan kedua sehingga tamat 90 minit permainan , memaksa pemenang perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.
Oman memenangi penentuan sepakan penalti 5-4, selepas Muhammad Faris Ramli gagal menyempurnakan sepakan penaltinya.
Dalam sidang akhbar selepas perlawanan, Ketua Jurulatih Oman, Erwin Koeman merasa gembira dengan aksi anak buahnya tetapi mengakui Singapura memberikan tentangan sengit terhadap Oman dalam perlawanan itu.
"Kemenangan ini menunjukkan kami adalah pasukan yang lebih baik tetapi Singapura beraksi dengan baik dalam babak kedua dan mencipta lebih banyak peluang jaringan gol tetapi secara keseluruhannya saya gembira dengan pencapaian pemain," katanya.
Pengendali sementara Singapura, Nazri Nasir juga memuji skuadnya yang mempamerkan semangat juang yang tinggi biarpun ketinggalan satu gol dalam babak pertama.
"Saya bangga dengan apa yang dilakukan pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Mereka berjuang habis-habisan dan mengasak mereka dengan keras dan akhirnya kami mendapat gol penyamaan tetapi sememangnya pujian harus diberikan kepada pemain kerana aksi cemerlang mereka," katanya.
Terdahulu, Malaysia bangkit daripada ketinggalan satu gol, dengan menewaskan Afghanistan 2-1 dalam penentuan tempat ketiga dan keempat di stadium yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2019
![Oman tewaskan Singapura menerusi penentuan penalti untuk julang Piala Airmarine Oman tewaskan Singapura menerusi penentuan penalti untuk julang Piala Airmarine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553378719_OmanAbdulAzizHuma.jpg)
Aksi Abdul Aziz Humaid setelah berjaya menjaringkan gol sewaktu perlawanan akhir penentuan juara menentang pasukan Singapura pada Kejohanan Piala Air Marine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. --fotoBERNAMA
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
![Oman tewaskan Singapura menerusi penentuan penalti untuk julang Piala Airmarine Oman tewaskan Singapura menerusi penentuan penalti untuk julang Piala Airmarine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553378719_OmanAbdulAzizHuma.jpg)
Oman tewaskan Singapura menerusi penentuan penalti untuk julang Piala Airmarine
Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan.