TOKYO: Biarpun berdepan cabaran ombak tinggi dan angin kuat dalam enam perlumbaan pertama, atlet pelayaran negara Khairulnizam Mohd Afendy berada di landasan tepat untuk mencapai objektif diletakkan ke atasnya, di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Menyasarkan kedudukan 20 terbaik, jurulatih kebangsaan Mohd Afendy Abdullah berkata peluang Khairulnizam tampak cerah, jika beliau berjaya berada dalam kelompok 15 pelayar terbaik dalam setiap daripada empat baki perlumbaan di Enoshima Yacht Harbour.
Namun, jadual dua perlumbaan terakhir yang dijadual berlangsung pada sebelah petang Jumaat ini menjadi kebimbangan terbesar Mohd Afendy, apabila berdasarkan pemerhatiannya kelajuan angin akan berkurang pada waktu itu.
"Khairulnizam bila angin tak ada saya cukup risau, angin ada dia boleh buat bagus," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
"Perlumbaan ketujuh dan kelapan tidak ada masalah sebab perlumbaan bermula awal, tapi pada Jumaat ia bermula pada 2.30 petang (waktu Jepun) dan ketika itu angin dan mula berkurangan," tambah beliau yang berpuas hati dengan prestasi Khairulnizam setakat enam perlumbaan.
Pada aksi hari ini, pemenang pingat perak Sukan Asia 2014 dan 2018 itu, mencatat keputusan positif dalam setiap tiga perlumbaan selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-29 (perlumbaan keempat) sebelum menduduki tempat ke-18 dan ke-13, masing-masing dalam perlumbaan kelima dan keenam.
Selepas enam siri perlumbaan, Khairulnizam, 28, kini berada di kedudukan ke-26 daripada 35 peserta dengan mengumpul 99 mata bersih, sementara Pavlos Kontides dari Cyprus mengungguli ranking dengan 18 mata bersih, diikuti wakil Australia Matt Wearn (27 mata) dan Robert Scheidt dari Brazil (33 mata).
Sementara itu, dalam acara Laser Radial wanita, atlet muda sensasi negara Nur Shazrin Mohamad Latif terus bergelut untuk mengulangi prestasi cemerlang dalam perlumbaan pertama pada Ahad lepas, selepas menamatkan perlumbaan kelima dan keenam hari ini di kedudukan ke-30 dan ke-34.
Keputusan itu menyaksikan Nur Shazrin, 23, jatuh tujuh anak tangga di kedudukan ke-24 mengumpul 105 mata bersih, dengan mempunyai baki empat perlumbaan selepas ini.
Atlet Denmark Anne-Marie Rindom menerajui kedudukan ranking dengan mengutip 22 mata sementara Josefin Olsson dari Sweden (34 mata) dan Marit Bouwmeester dari Belanda (35 mata) di kedudukan kedua dan ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021

Peluang Khairulnizam tampak cerah, jika beliau berjaya berada dalam kelompok 15 pelayar terbaik dalam setiap daripada empat baki perlumbaan di Enoshima Yacht Harbour. - REUTERS
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.

Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.

Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.

PM Anwar bangga pencapaian wira negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tujuh wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.

Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.

Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."