OLIMPIK Musim Sejuk Pyeongchang 2018 merupakan temasya sukan musim sejuk yang buat julung-julung kalinya diadakan di Korea Selatan.

Dianggarkan temasya kali ini adalah paling mahal, iaitu AS$10 bilion.

Sebelum ini, Pyeongchang kalah dalam membida temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 yang dimenangi bandar Vancouver dengan kurang tiga undi, manakala pada 2014, kalah lagi dengan empat undi yang dimenangi oleh bandar Sochi, Rusia.

Tahun 2018 ternyata tahun bertuah untuk bandar Pyeongchang kerana berpeluang menganjurkan sukan musim sejuk terbesar di dunia. Beberapa fakta menarik disisip dalam temasya kali ini, antaranya merupakan detik bersejarah dan terpenting buat tuan rumah penganjur sukan tersebut.


1. Korea Selatan dan Korea Utara dalam satu bendera

Bendera penyatuan Korea diguna untuk perarakan kontinjen Korea Selatan dan Korea Utara dalam temasya Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeonchang, Korea Selatan.

Temasya kali ini mencatatkan sejarah terpenting dalam hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu apabila mereka setuju untuk bertanding dalam satu acara di bawah satu bendera buat pertama kalinya dalam temasya kali ini, iaitu acara hoki ais wanita.

Secara simbolik pula, Korea Utara juga akan berarak di bawah satu bendera dengan Korea Selatan semasa upacara pembukaan, menjadikan ia salah satu detik perpaduan yang jarang berlaku antara kedua-dua negara itu dan hanya berlaku melalui 'diplomatik sukan'.


2. Kontroversi Rusia

Bendera Rusia tidak dibenarkan untuk dikibarkan bagi mewakili negara untuk temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.

Bendera Rusia tidak dibenarkan untuk dikibarkan bagi mewakili negara untuk temasya Olimpik Musim Sejuk 2018.

Negara terbesar di dunia itu tidak dibenarkan untuk bertanding sebagai wakil negara dalam temasya kali ini susulan kes doping pada temasya di Sochi empat tahun lepas. Atlet Rusia masih dibenarkan untuk mengambil bahagian dengan syarat mereka dapat membuktikan mereka bersih daripada sebarang penglibatan dengan dadah.

Mereka akan bertanding di bawah bendera neutral dan perlu mematuhi kod perilaku khas. Namun pada akhir kejohanan, rekod akan tetap menunjukkan medal sifar untuk Rusia tidak kira apapun keputusannya.


3. Malaysia dan 5 negara lagi buat penampilan sulung

Malaysia merupakan salah satu negara yang membuat penampilan sulung dalam temasya Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeonchang, Korea Selatan.

Malaysia buat pertama kalinya menyertai Olimpik musim sejuk di Pyeongchang.

Jeffery Webb dan Julian Yee Zhi-jie membuat penampilan sulung selaku wakil Malaysia dalam temasya kali ini untuk bertanding dalam acara luncur ais dan ski alpine.

Kebanyakan negara yang mengikuti temasya tahun ini menghantar para atlet kepada keluarga yang berhijrah ke negara yang mempunyai musim sejuk. Ecuador, Eritrea, Kosovo, Nigeria dan juga negara jiran Singapura turut membuat penampilan sulung dalam temasya kali ini.


4. Robot pertama menjadi pelari obor Olimpik

HUBO, robot humanoid dilihat sedang berlari memegang obor Olimpik Musim Sejuk Pyeonchang 2018.

Foto di atas menunjukkan robot HUBO sedang berlari memegang obor Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018.

Robot humanoid itu diberi mandat untuk menyerahkan obor Olimpik pada hari ke-41 di tempat kelahirannya, Korean Advanced Institute Science and Technology (KAIST), Daeojeon.

HUBO, robot humanoid yang dicipta untuk tujuan keselamatan menjadi robot pertama dalam sejarah Olimpik yang diberi mandat sedemikian.

Obor yang dipegang oleh HUBO itu kemudian diserahkan kepada penciptanya, Profesor Oh Jun-Ho dengan memotong dinding kayu (dicat untuk kelihatan seperti batu-bata) menggunakan gerudi bagi meneruskan larian obor itu.


5. Stadium hanya untuk acara pembukaan dan penutupan

Stadium utama di Pyeonchang untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018

Stadium utama di Pyeonchang untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 terletak di Daegwallyeong-myeon.

Stadium yang memuatkan 35,000 orang itu bernilai AS$109 juta untuk dibina dan kemudian akan dirobohkan selepas tamat penganjuran itu.

Stadium itu dijangka akan dirobohkan apabila temasya telah selesai bagi mengelakkan ia menjadi salah satu projek 'gajah putih' seperti Stadium Olimpik Montreal yang dibina untuk Sukan Musim Panas 1976.


6. Kondom terbanyak pernah diedarkan dalam sejarah temasya Olimpik

Sebanyak 110,000 kondom percuma diedarkan dalam temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk itu.

Sebanyak 110,000 kondom percuma diedarkan dalam temasya Olimpik kali ini.

Langkah tersebut mencatakan rekod baharu yang 'unik' iaitu jumlah kondom sebanyak itu diedarkan untuk 2,925 atlet.

Kondom pertama kali diagihkan secara terbuka pada Sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan, sebagai langkah mengurangkan risiko penyebaran HIV.


7. Antara temasya paling sejuk?

Suhu yang dicatatkan sewaktu penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeonchang begitu sejuk.

Suhu yang dicatatkan sewaktu penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeonchang begitu sejuk.

Suhu di Pyeonchang diramalkan mampu mencecah 16 darjah Celsius di bawah paras beku, dan dijangkakan bakal memecahkan memecahkan rekod temasya Olimpik Lillehammer tahun 1994.

Temasya kali ini juga dikatakan antara yang tersejuk dalam sejarah Olimpik musim sejuk.


8. Bandar terpencil pernah dianjurkan

Pyeonchang merupakan salah satu daerah dalam wilayah Gangwon,

Pyeongchang merupakan salah satu daerah dalam wilayah Gangwon, Korea Selatan.

Pyeongchang yang terletak di wilayah Gangwon, berhampiran zon demiliterisasi (DMZ) menjadi tuan rumah yang terpencil pernah dianjurkan dalam sejarah Olimpik Musim Sejuk sejak temasya tahun 1994 di Lillehammer, Norway.