UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Olimpik Paris: Pasukan badminton Indonesia jadi mangsa kecurian lebih RM262,000

Kejadian berlaku ke atas pengurus pasukan badminton Indonesia, Armand Darmadji ketika mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan.

Astro Arena
Tue Aug 06 2024
Olimpik Paris: Pasukan badminton Indonesia jadi mangsa kecurian lebih RM262,000
Kejadian berlaku ke atas pengurus pasukan badminton Indonesia, Armand Darmadji ketika mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan. - Stadium Astro
MALANG tidak berbau. Itulah gambaran yang dihadapai oleh pasukan badminton Olimpik Paris Indonesia apabila mereka terlibat dengan kes kecurian saat berada di Paris, semalam.

Menurut laporan Vidio Sports, kejadian tersebut berlaku ke atas pengurus pasukan badminton Indonesia, Armand Darmadji ketika mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaan pada Isnin, 5 Ogos jam 5:30 waktu tempatan.

Dalam perjalanan tersebut, tayar belakang kenderaan berkenaan pancit lantas beliau turun untuk melakukan pemeriksaan. Setelah memastikan perkara tersebut, Armand telah meminta menghubungi syarikat kenderaan sewa berkenaan untuk meminta kenderaan ganti.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta bantuan polis berhampiran untuk mengesahkan lokasi kerana kurang kepastian akan keberadaan mereka.

Namun apabila beliau kembali ke kenderaannya, beliau menyedari bahawa beg yang mengandungi wang tunai berjumlah Rp950 juta (RM262,828) telah lenyap bersama dompet dan kad kredit.



Barang-barang kecurian tersebut merupakan wang kontinjen badminton Indonesia yang terdiri daripada 53 orang, termasuk atlet dan pegawai. -- Stadium Astro

 





#Sukan Olimpik Paris 2024#pasukan badminton Indonesia#mangsa kecurian#Armand Darmadji#wang lesap
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'

Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya

ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam

Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir

Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak

Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin

Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo

Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16

Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar

Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes

Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti

IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024

IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025

Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris

Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia

Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah

Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'

PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta

Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'

Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.