PARIS: Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia memulakan pencarian pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 dengan kemenangan mudah di hadapan sorakan kira-kira 8,000 penonton di Porte de La Chapelle Arena di sini hari ini.
Juara Seluruh England 2021 itu, dengan jari tengah sebelah kanan berbalut, menundukkan pemain nombor 70 dunia Viren Nettasinghe dari Sri Lanka 21-14, 21-12 dalam perlawanan Kumpulan G.
Bercakap kepada Bernama selepas aksi tersebut, Zii Jia berkata perlawanan hari ini lebih kepada untuk membiasakan diri dengan venue pertandingan dan mencuba perkara baharu.
"Banyak lagi yang tak biasa dekat gelanggang ini, jadi tadi saya cuba pelbagai pukulan dan posisi berbeza, diharapkan perlawanan seterusnya akan lebih baik.
"Tiada kecederaan pada jari, hanya untuk berjaga-jaga. Sorakan penonton di sini juga sangat hebat dan kuat, saya dapat rasakan perbezaannya berbanding di Olimpik Tokyo (ketika pandemik COVID-19)," katanya.
Ditanya jika ada sebarang pesanan untuk peminatnya di tanah air, pemain nombor tujuh dunia itu berkata: "Terima kasih kerana menyokong saya, diharapkan permainan saya akan bertambah baik dan terus meningkat, semoga ada keputusan yang baik di sini."
Zii Jia akan berehat sehari sebelum berdepan dengan pemain nombor 62 dunia Pablo Abian pada Selasa, manakala Viren bakal menentang pemain Sepanyol itu esok.
Satu-satunya pertembungan Zii Jia dengan Abian ialah pada pusingan pertama Terbuka Hylo pada 2021 apabila pemain asal Kedah itu diheret ke perlawanan penentuan sebelum menang 21-11, 21-23, 24-22.
"Dia seorang pemain yang sangat berpengalaman dan ini Olimpik kelimanya. Tidak mudah untuk menundukkan Abian, tetapi saya telah mempersiapkan diri," katanya.
Kemenangan ke atas Abian akan memastikan tempat Zii Jia dalam pusingan 16 terakhir, menentang Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia jika tidak tiada sebarang keputusan mengejut.
Semasa Olimpik pertamanya di Tokyo, Zii Jia tewas kepada jaguh China, Chen Long di pusingan 16.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pemain Sri Lanka, Viren Nettasinghe dalam acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle hari ini. Zii Jia menang 21-14,21-12. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir
"Saya ada banyak perancangan tapi saya cuma mahu berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan relaks dahulu."

Program pembangunan skateboarding negara bermula sekarang
MySKATE dan The Razkals bekerjasama untuk memulakan pembangunan sukan papan selaju negara di Kejohanan Dunia Street di Tokyo.

Jepun pilihan tepat untuk negara buru pingat emas pertama di Olimpik Paris 2024 - Hannah
Memilih Jepun sebagai sumber inspirasi adalah pilihan tepat delegasi Jawatankuasa Road to Gold (RTG) dalam usaha memburu pingat emas pertama negara.

Maloney mahu terus bersama skuad B-23 sehingga Olimpik Paris 2024
Maloney akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam Rabu ini.

Ahmad Faizal umum tiga agenda persiap kontinjen Malaysia hadapi Paris 2024
Ahmad Faizal mengumumkan tiga agenda yang bakal dilaksana dalam mempersiap kontinjen negara bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik Paris 2024 dan seterusnya.