PEMAIN perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia cemerlang mendominasi lawan dari Sri Lanka iaitu Viren Nettasinghe dalam aksi pertama kumpulan G yang berlangsung di Arena Porte de La Chapelle.

Pemain ketujuh dunia itu berjaya melakar kemenangan mudah ke atas pemain yang berada di kedudukan ke-70 dunia itu 21-14, 21-12 dalam tempoh 35 minit.



Selepas ini, Lee Zii Jia akan turun semula pada 31 Julai bagi menerima cabaran dari pemain Sepanyol, Pablo Abian bagi melengkapkan jadual dalam misi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro