KUALA LUMPUR: Seramai 90 peratus atlet negara yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula 23 Julai ini, telah diuji dan kesemuanya didapati bebas daripada penggunaan bahan terlarang.
Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) Azura Abidin berkata, setakat ini seramai 27 daripada 30 atlet selesai menjalani ujian anti-doping sebelum bertolak ke Jepun, manakala bakinya dijangka menjalani ujian dalam masa terdekat.
Beliau berkata, seorang daripadanya sedang menjalani kuarantin selepas pulang daripada kejohanan luar negara manakala ujian doping bagi dua lagi atlet yang berada di luar negara dilaksanakan oleh pihak Persekutuan Sukan Antarabangsa (IF).
"Kesemua atlet yang layak wajib menjalani ujian doping sama ada di bawah NADO (National Anti-Doping Organisation) ataupun IF masing-masing. Kami mula melaksanakan ujian doping kepada atlet sejak Mei lepas.
"Ia berdasarkan penilaian risiko dan pelan agihan ujian Adamas, berpandukan International Standard for Testing and Investigations (ISTI) yang dikeluarkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pada masa sama, Azura turut mengingatkan para atlet bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa sahaja bahan yang diambil, sama ada cubaan untuk mengambil atau dijumpai di dalam sistem (tubuh) masing-masing.
"Sekiranya bahan terlarang atau metabolite dijumpai di dalam spesimen mereka, atlet akan dipertanggungjawabkan dan terpulang kepada atlet tersebut bagaimana untuk membuktikan yang mereka tidak bersalah," katanya.
Ditanya mengenai risiko sabotaj, Azura berkata WADA telah memperkenalkan polisi 'whistleblower' yang memberikan hak kepada atlet sekiranya wujud unsur sabotaj atau aktiviti melibatkan gejala doping.
Menurutnya, polisi itu antara lain memberikan pendidikan mengenai hak-hak untuk melindungi diri mereka seperti keadilan untuk bertanding, kebebasan bersuara dan perlindungan hak peribadi.
"Sekiranya terdapat atlet yang merasa terancam, mereka berhak untuk membuat laporan kepada Adamas dan secara tidak langsung, diri dan maklumat mereka selamat dan dirahsiakan mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 1971)," katanya.
Azura berkata Adamas juga meneruskan program kesedaran dan pendidikan anti-doping secara maya di sebalik pandemik COVID-19 yang menyukarkan ia diadakan secara fizikal.
Ia termasuk program Anti-Doping Education and Learning (ADEL), program outreach, serta pendidikan secara maya melibatkan ciri ubat berdaftar dan kesan sampingan pengambilan steroid.
Malaysia akan diwakili 30 atlet dalam 27 acara melibatkan 10 jenis sukan bagi Olimpik kali ini.
Kumpulan pertama atlet terdiri daripada empat pelayar telah berlepas ke Tokyo pada 8 Julai lepas manakala kumpulan kedua dan ketiga dijadualkan berlepas pada 16 dan 25 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021
Kesemua atlet yang layak wajib menjalani ujian doping sama ada di bawah NADO (National Anti-Doping Organisation) ataupun IF masing-masing. - Reuters
Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.
ASEAN-Malaysia 2025 [9/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
It's About YOUth: Shaping the Future: Girls in Robotics
Nuha Amani and Nuha Rumaisa from Tunku Kurshiah College's Team Ensis Kogeki wowed the nation with their stunning match victory in Japan. They share their passion for robotics and hope to inspire more young girls to dive into STEM and robotics.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.
AWANI Tonight: Japanese PM Ishiba calls for stronger ASEAN cooperation
Japanese Prime Minister Shigeru Ishiba emphasised the need to strengthen ties with ASEAN, following talks with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim in Putrajaya today.
AWANI Tonight: 2024 first year to pass 1.5 °C limit
The year 2024 is officially the hottest ever recorded with global temperatures 1.6 °C above pre-industrial levels, surpassing the previous record set in 2023 and crossing a critical climate threshold.
AWANI Tonight 10 Jan 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Japan PM calls for stronger ASEAN collaboration during visit to Malaysia
2. 2024 first year to pass 1.5 °C limit
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Japan PM calls for stronger ASEAN collaboration during visit to Malaysia
2. 2024 first year to pass 1.5 °C limit
#AWANIEnglish #AWANINews
Kota Tinggi kembali dilanda banjir, 8 PPS dibuka
Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi, selepas daerah itu dilanda banjir di beberapa kawasan susulan hujan lebat tanpa henti sejak jam 7 pagi tadi.
AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.
AWANI Ringkas: Jenayah AMLA | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Dr Wan Azizah harap rentak cemerlang diteruskan di Sukan Paralimpik 2024
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap agar momentum kecemerlangan atlet negara pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 diteruskan pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris.
Sukan Para Asia: Hannah optimis kontinjen negara mampu lepasi sasaran pingat
Hannah optimis kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 mampu melepasi sasaran 35 pingat yang ditetapkan MPM dan MSN.
Bersediakah Kemboja anjur Sukan SEA 2023?
Venue acara kriket, AZ Ground Cricket Oval juga masih belum sempurna setakat pagi Selasa biarpun sukan tersebut telah membuka tirai pada Sabtu lepas.
China setuju anjur Kejohanan Sepak Takraw Asia 2023, Jun ini
Kejohanan pra-Sukan Asia ke-19 itu bertujuan untuk menguji persediaan negara itu selain mengenal pasti aspek penambaikan yang boleh dilaksanakan.
Olimpik Musim Sejuk Beijing lakar kecemerlangan - Xi Jinping
Presiden China berkata, kejayaan itu hasil usaha kerajaan menyediakan kemudahan bertaraf dunia di tiga zon pertandingan.
Pemerhati rasmi IOC: Penganjuran sukan Olimpik Beijing capai taraf tinggi
Pemerhati rasmi terdiri daripada 114 individu dan dijadual mengunjungi 12 lokasi pertandingan dan 10 lokasi bukan pertandingan di Beijing, daerah Yanqing dan Zhangjiakou.
Komuniti antarabangsa sokong Olimpik Beijing 2022
Acara sukan yang dipolitikkan melanggar semangat Piagam Olimpik, sekali gus menjejaskan kepentingan bersama atlet dan keluarga besar Olimpik.
Paralimpik Tokyo: Tugas bawa Jalur Gemilang suntik motivasi Bonnie
Bonnie berkata tanggungjawab diberikan kepadanya itu adalah penghormatan besar baginya walaupun bakal membuat kemunculan pertama pada temasya sukan itu.