PESURUHJAYA Sukan (PJS) memberi tempoh selama enam bulan buat Persatuan Olahraga Selangor (POS) untuk mencari kata sepakat menyelesaikan isu dalaman badan induk itu berkuat kuasa Rabu lalu.
Antara langkah remedi yang disyorkan PJS ialah penstrukturan semula keahlian serta meminda perlembagaan bagi memperkukuhkan tadbir urus badan induk itu.
Seandainya gagal mengikut tempoh yang ditetapkan, POS bakal berdepan dengan hukuman penggantungan atau pembatalan.
"Peringkat pertama ini kami memberi peluang kepada POS untuk membetulkan struktur dan ketiadaturan yang bercanggah dengan perlembagaan.
"Saya memberi tempoh enam bulan kepada POS untuk melaksanakan remedi yang disyorkan.
"Sekiranya masih tidak selesai, kami akan mengambil tindakan melaksanakan tindakan berdasarkan Sesyen 20 Akta Perlembagaan Sukan.
"Sekiranya ia gagal atau masih lagi tidak selesai, ia akan menjejaskan pembangunan sukan khususnya di Selangor daripada segi persiapan Sukma (Sukan Malaysia) dan Sukan SEA pada tahun depan," kata Ibrahim Yusof yang dilantik sebagai PJS pada Disember tahun lalu.
Oktober lalu, Datuk SM Muthu, merangkap Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) disingkir daripada jawatan presiden POS berikutan dakwaan penyelewengan kewangan.
Astro Arena
Fri Dec 10 2021

Seandainya gagal mengikut tempoh yang ditetapkan, POS bakal berdepan dengan hukuman penggantungan atau pembatalan. - Astro ARENA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.

Olimpik Paris 2024: Hodgkinson rangkul emas olahraga pertama Britain
Keely Hodgkinson meraih pingat emas olahraga pertama Britain dalam Sukan Olimpik Paris dengan memenangi acara akhir 800m wanita.

Google Doodle raikan hari pembukaan Sukan Olimpik 2024
Google Doodle bukan sekadar logo statik tetapi turut hadir dengan paparan GIF yang bergerak-gerak.

Paris 2024 bukan larian terakhir di pentas Olimpik - Azeem
Pemegang rekod kebangsaan yang akan beraksi di Paris atas tiket wildcard ini tekad untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028.

AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.

AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas
Umar Osman meraih emas dalam acara larian 400m lelaki mencatat masa 47.22s di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya.

Azeem Fahmi, Shereen tempah slot final acara 100m, 400m Terbuka Kazakhstan
Harapan dua pelari negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk beraksi di temasya Olimpik Paris masih terbuka.

Shereen beri tumpuan 400 meter akhir esok bagi perbaiki kelayakan Olimpik
"Masa bukan dalam pemikiran saya hari ini, cuma berlari dengan tenang untuk layak ke pusingan akhir esok."

Kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan: Coleman muncul raja pecut 60m
Ia meningkatkan jangkaan menyaksikan dua pelari terpantas merebut gelaran terbaik dunia.

Langkah baru buat Umar Osman yang bakal ke Auburn
Dia membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya dalam jurusan reka bentuk dan industri dan komited mahu meningkatkan prestasinya.