KUALA LUMPUR: Kemajuan membanggakan ditunjukkan pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri memberi petanda satu permulaan kepada perjalanan luar biasa dalam sukan berbasikal negara.
Pencapaian membanggakan atlet bertubuh kecil itu telah mendapat pengiktirafan daripada ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan John Beasley yang menyifatkan Nurul Izzah seorang atlet istimewa dan berpotensi besar.
Menurut Beasley, Nurul Izzah berpotensi sama seperti jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang telah mencipta pelbagai kejayaan membanggakan termasuk bergelar juara dunia keirin 2017 dan meraih pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun bertubuh kecil.
"Dia (Nurul Izzah) berat badannya 50 kilogram (kg) dan perlu bersaing dengan atlet yang puratanya berat 85kg, enam kaki (tinggi)... dia istimewa seperti Azizulhasni (atlet berbadan kecil)...tapi kita perlu tunggu sehingga pertengahan 20-an untuk tubuhnya (Nurul Izzah) matang dan kemudian dia akan mendapat semua yang diperlukannya.
"Justeru, untuk tempoh sekarang dan seterusnya, kita akan usahakan dari segi taktikal, teruskan pembangunan, kita akan terus bantu dia...pada Olimpik seterusnya dia akan lebih bersedia, dua temasya Olimpik lagi dia akan berada di puncak kejayaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Nama Nurul Izzah menjadi sebutan apabila penampilannya di pentas antarabangsa mula menyerlah dengan memenangi pingat emas acara 500 meter (m) ujian masa di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2022 di New Delhi, India.
Ia disusuli dengan kejayaan memenangi dua pingat emas masing-masing acara keirin wanita dan 500m ujian masa pada ACC 2024 di New Delhi pada Februari lepas, iaitu menyamai pencapaian bekas pelumba wanita kebangsaan Fatehah Mustapa yang meraih emas acara keirin wanita pada edisi 2012.
Berasal dari Sungai Petani, Kedah, kerjaya selaku pelumba kebangsaan atlet berusia 20 tahun itu mendaki ke satu tahap lagi apabila secara tidak rasminya mendapat tempat di Sukan Olimpik Paris 2024 yang menjadi penampilan sulungnya di pentas berprestij itu.
Walaupun gembira dengan kemajuan luar biasa bintang baharu sukan berbasikal trek negara itu, namun Beasley sentiasa menekankan kepentingan pembelajaran berterusan dan tumpuan tidak berbelah bahagi pada sesi latihan sebagai kunci untuk memastikan pencapaian konsisten dan cemerlang.
"Teruskan belajar... bagusnya kita ada kem latihan sebelum Paris 2024, jadi kita ada banyak masa...kita boleh menyusun awal dari segi taktikal dan itu penting. Tahu apa gerakan dan bila perlu lakukannya," katanya.
Nurul Izzah mengiringi Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang juga secara tidak rasmi menempah slot ke Paris 2024 dijadualkan berada di Eropah pada Jun ini selama dua bulan sebagai persiapan terakhir mereka ke temasya sukan terbesar dunia itu.
Mereka akan ke Belgium, United Kingdom dan Sepanyol untuk menjalani latihan serta menyertai beberpa kejohanan tempatan di sana sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai hingga 11 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
John Beasley menyifatkan Nurul Izzah (kanan) seorang atlet istimewa dan berpotensi besar, sama seperti yang telah ditunjukkan oleh Azizulhasni Awang. - Bernama
OP SELAMAT 23: Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
Selamat ke-23 sempena Tahun Baharu Cina oleh Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berakhir pada 2 Februari lepas menyaksikan penurunan kes kemalangan sebanyak 902 kes atau 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Floodcom: Pusat gerakan banjir terapung pertama Malaysia guna teknologi nuklear
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) mencipta sejarah dengan membangunkan pusat gerakan bencana banjir terapung pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi nuklear secara aman.
Isu Harith Iskander, Cecilia: Polis akan hantar kertas siasatan ke DPP secepat mungkin - KPN
Kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pelakon dan pelawak Harith Iskander dan Cecilia Yap Song berhubung kes menghina agama Islam akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin.
'Orang cadang MCA disingkir daripada BN hanya mimpi di siang hari'
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, tidak pernah ada sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA daripada Barisan Nasional (BN).
Azalina koordinasi gag order dengan AGC
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said yang membantu mengkoordinasi perintah larangan mengulas (gag order) berkaitan titah adendum yang disebut di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.
Jangan di Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister' - Ketua Pembangkang
"Saya ada juga dengar khabar, seseorang yang dimaksudkan itu seolah-olah telah menjadi Perdana Menteri (PM) de facto. Dialah yang berkuasa dan mendapat segala-galanya yang dikehendaki termasuklah segala macam penguasaan dalam syarikat-syarikat," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari ketika mencelah semasa sesi perbahasan di Parlimen.
"Sekarang ini di Amerika sudah ada 'Co-President'. Jangan dalam Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister'," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Sekarang ini di Amerika sudah ada 'Co-President'. Jangan dalam Malaysia ini ada 'Co-Prime Minister'," jelas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Tiada perlindungan kepada pemberi maklumat yang buat pendedahan umum
Kerajaan tidak bercadang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) untuk melindungi pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat kepada umum sebelum disalurkan kepada agensi penguatkuasaan.
SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
China kenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan LNG dari Amerika Syarikat
China mengenakan cukai 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat (AS).
Nurul Izzah, Azizulhasni ada persamaan - Beasley
Ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan John Beasley menyifatkan Nurul Izzah seorang atlet istimewa dan berpotensi besar.
Shah Firdaus percaya boleh cabar emas jika kemenangan separuh akhir pertama tidak batal
Kemenangan pelumba itu dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas Shah Firdaus memasuki lorong lawannya itu semasa pusingan akhir.