AJAX mengesahkan Abdelhak Nouri terus diletakkan dalam koma selepas rebah dalam perlawanan persahabatan dengan Werder Bremen.
Aksi di Lindenstadion, Hippach, itu terpaksa dibatalkan selepas Nouri terbaring di atas padang dengan anggota paramedik membantu pemain berusia 20 tahun itu sebaik ambulans tiba di gelanggang itu.
Nouri kemudian diterbangkan dengan helikopter dan Ajax berkongsi perkembangan mengenai pemain itu.
"Jantung Appie (Nouri) dalam keadaan normal dan tidak terjejas," kata Ajax.
"Namun, terlalu awal untuk mengatakan mengenai pemulihannya memandangkan fungsi otaknya tidak dapat diuji dengan betul selagi dia terus ditidurkan."
Jurulatih Ajax, Marcel Keizer berkata, ujian pra-musim ke atas Nouri menunjukkan pemain itu cergas 100 peratus.
"Kami menunggu keputusan ujian neurologi," kata Keizer kepada AT5.
"Keputusannya mungkin boleh didapati esok (hari ini). Dia dalam jangkaan rapi.
"Ia keputusan yang amat penting buat kami. Semua orang berasa tegang. Doktor kelab kekal di sana untuk terus berhubung dengan hospital.
"Keluarganya juga di sana, mereka akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kami. Saya cuba mengalih tumpuan saya pada Ahad lalu dengan mengayuh basikal, tetapi ia tidak berjaya."
"Tidak penting lagi sama ada pemain-pemain turun berlatih atau tidak, semua orang senang dengan Appie. Kami mengalu-alukan sesiapa untuk bercakap mengenainya, menangis bersama-sama," tambah Keizer.
"Hubungannya dengan rakan sebilik, Hakim Ziyech, sangat rapat. Ada sesetengah pemain telah beraksi bersamanya selama 12 tahun. Ia bukan mudah.
"Saya harap dia akan beransur pulih. Dia mewakili Ajax dengan dominan dan menampilkan bola sepak menarik. Itulah Appie.
"Kami tidak gusar dengan aksi kelayakan play-off Liga Juara-Juara Eropah.
"Appie adalah keutamaan."
Astro Arena
Tue Jul 11 2017
Abdelhak Nouri (kanan) rebah dalam perlawanan persahabatan dengan Werder Bremen dan diterbangkan dengan helikopter ke hospital. REUTERS / Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nouri masih diletakkan dalam koma
Aksi di Lindenstadion, Hippach, itu terpaksa dibatalkan selepas Nouri terbaring di atas padang dengan anggota paramedik membantu pemain berusia 20 tahun itu sebaik ambulans tiba di gelanggang itu.