NEYMAR melakukan kesilapan apabila meninggalkan Barcelona dan kelab LaLiga itu harus melakukan segalanya untuk membawanya pulang, kata bekas pemain, Rivaldo.
Bintang Brazil itu dikaitkan dengan kepulangan ke kelab gergasi Catalan itu selepas dua tahun menyertai Paris Saint-Germain (PSG) menerusi perpindahan yang memecahkan rekod dunia bernilai EUR222 juta (RM1.08 bilion).
Delegasi daripada Barca dilaporkan berada di ibu negara Perancis itu kelmarin untuk melakukan perbincangan tatkala ia perlu dilengkapkan sebelum tamat jendela perpindahan, 2 September depan.
BACA: Neymar mahu kembali ke Barcelona
Real Madrid juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu tetapi Rivaldo - yang mewakili Barca sejak 1997 sehingga 2002 - menggesa bekas kelabnya itu bertindak lebih pantas dan tidak membiarkan pasukan lain membelinya.
"Semua orang tahu apa yang berlaku dengan Neymar. Keputusannya meninggalkan Barca adalah sesuatu yang salah.
"Dia tidak sepatutnya meninggalkan kelab terbesar di dunia. Namun, dia kini mahu pulang dan mengakui kesilapannya," katanya.
BACA: 10 perpindahan tumpuan musim baharu 2019/2020
BACA: Neymar sembuh, tidak disingkirkan daripada skuad PSG
"Saya harap presiden serta semua individu dalam pihak pengurusan tidak akan membenarkannya pergi ke kelab lain.
"Mereka perlu menyelesaikan perbincangan dengan PSG untuk membolehkannya pulang ke kelab yang tidak patut dia tinggalkan sebelum ini," tambah Rivaldo.
Astro Arena
Wed Aug 28 2019
Rivaldo berkata, Neymar (gambar) tidak sepatutnya meninggalkan Barcelona selaku kelab bola sepak terbesar di dunia. - Gambar fail
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.