Ketiadaan Rashford dan Garnacho itu menjadi topik hangat sebelum sepak mula dan Amorim kemudiannya menekankan keperluan untuk meningkatkan standard di kelab.
"Kita telah terlalu lama melihat pemain mengeluh di luar padang itu, dan masih terus mendapat permainan," katanya kepada Sky Sports.
"Ia seharusnya tidak perlu dibincangkan. Jika anda tidak memberikan yang terbaik terhadap tugasan anda maka anda akan terkeluar -- itu sahaja, untuk sesiapa sahaja dalam hidup ini.
"Kami telah melihat Rashford dan Garnacho, selama bertahun-tahun berdiri di sayap kiri dan kanan tidak mengejar ke belakang apabila bek sayap lawan telah melepasi mereka, dan masih mengekalkan posisi mereka dalam pasukan. Tiada lagi!
“Saya mahu Rashford dan Garnacho kembali lebih kuat dan mengambil mesej yang diberikan dengan semangat yang betul, dan menjadi pemain terbaik untuk Manchester United.
“Mereka mempunyai bakat dan keupayaan tetapi jika anda tidak melakukannya, tiada tempat untuk anda di kelab ini dan tiada tempat untuk anda dalam pasukan.
"Jika kedua-dua pemain itu -- sebagai bintang -- menetapkan standard yang buruk dan tidak melibatkan diri dengan rakan sepasukan dengan betul, pengurus perlu melakukan satu daripada dua perkara ini.
"Sama ada cuba mengelaknya dengan meletakkan mereka di bangku simpanan atau memberi satu kenyataan bahawa tidak bertolak ansur lagi. Tidak kira siapa pun dan itulah yang Ruben lakukan."