Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata-kata galakan kepada Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa tunduk di peringkat akhir menentang pemain China Lin Dan di Kejohanan Dunia di Guangzhou pada Ahad.

Chong Wei mengalami kekejangan ketika ketinggalan 17-20 pada set penentu di Gymnasium Tianhe.

"Satu kebanggaan bila tewas menentang lawan yang begitu hebat. Anda telah melakukan yang terbaik Lee Chong Wei," kata Najib pada akaun Twitternya.

Sebaik saja Lin Dan mencecah mata ke-20, Chong Wei memberi isyarat yang beliau memutuskan untuk berhenti, sebelum kelak terpaksa menjalani rawatan lebih lanjut.