MOHAMED Salah perlu membuktikan keupayaannya tahun ini bagi membuktikan layak menikmati perjanjian baru yang dimeterainya bersama Liverpool, kata bekas pemain antarabangsa Belanda, Nigel de Jong.
Pemain antarabangsa Mesir itu menamatkan spekulasi mengenai masa depannya yang berlanjutan sekian lama apabila memeterai kontrak baru tiga tahun untuk membawanya ke 2025 di Anfield, bulan lalu.
Dengan penghijrahan Sadio Mane ke Bayern Munich, langkah itu mewakili sebahagian besar perniagaan perpindahan luar musim Liverpool bagi mengekalkan salah seorang tonggak penting era Jurgen Klopp tersebut di Merseyside.
Tetapi permulaan musim yang perlahan The Reds menyaksikan Salah antara yang menerima kritikan dan jaringan gol penggempur itu dalam kempen baru Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United semalam tidak memadai untuk mereka mengelakkan kekalahan 1-2.
Dengan hanya mengutip dua mata daripada tiga perlawanan pertama, Liverpool sudah boleh dikatakan berdepan saingan sukar dalam perebutan kejuaraan dengan Manchester City, lantas De Jong berpendapat bahawa Salah mempunyai masa yang singkat untuk membuktikan kemampuan menerajui jentera serangan kelab itu.
"Jika saya seorang pengarah sukan dan saya baru sahaja menyambung kontrak pemain terbaik dalam skuad saya, saya akan memberi anda tempoh setahun untuk membuktikan diri," katanya kepada beIN SPORTS.
"Adakah anda bernilai lagi untuk tempoh tiga tahun? Anda perlu menghasilkan angka yang sama, terutama dalam soal gaji yang dinikmatinya.
"Saya fikir ia sangat penting buat Salah dan juga Liverpool bagi mencari jalan untuk berjaya bersama-sama dalam usaha mengekalkannya di Liverpool untuk jangka panjang. Jika tidak, lambat-laun mereka perlu membuat keputusan juga.
"Saya telah berulang kali mengatakannya selama beberapa tahun kebelakangan ini: Mane adalah jiwa pasukan ini. Dia adalah pemain yang lengkap menerusi tenaganya, dalam menghasilkan gol, cara dia mara ke depan.
"Sudah tentu, saya tidak mengatakan bahawa Salah bukan seorang pemain yang hebat tetapi Mane mengejutkan apabila ia berkaitan dengan jaringan."
Astro Arena
Wed Aug 24 2022

Mohamed Salah ketika sesi latihan sebelum perlawanan EPL antara Aston Villa dan Liverpool di Villa Park, Birmingham, England, 10 Mei 2022. - Gambar fail AP

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.

Liverpool mara pusingan kalah mati Liga Juara-Juara
Jaringan pemain sensasi The Reds, Mohamed Salah (m-34) dan pemain gantian Harvey Elliott (m-64) memadamkan gol Jonathan David (m-62).

EPL: Salah dah pecah tiga rekod, dua lagi 'on the way'
Salah merupakan pemain pertama yang mencapai dua angka untuk kedua-dua gol dan bantuan dalam empat musim EPL berturut-turut.

EPL: Di mana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.

Salah perkukuh cengkaman Liverpool di tangga teratas Liga Juara-Juara
Gol tunggal dijelmakan menerusi penalti Salah pada minit ke-63, memastikan Liverpool mengumpul 18 mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Salah setuju kontrak dua tahun
Satu kesepakatan dilaporkan telah dicapai kedua-dua pihak yang akan memberi kelegaan besar kepada jutaan peminat The Reds di seluruh dunia.

EPL: Slot anggap Liverpool 'hampir sempurna' ketika tewaskan Manchester City
Arne Slot percaya Liverpool sudah "hampir sempurna" ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester City di Anfield awal pagi tadi.

EPL: Aksi cemerlang Salah pastikan Liverpool tambah kekusutan kem Manchester City
Mohamed Salah menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika Liverpool menewaskan Manchester City 2-0 di Anfield.

Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.

Liverpool lebarkan status pendahulu EPL
Skuad kendalian Arne Slot yang masih segar dengan kemenangan atas Aston Villa di laman sendiri 10 Nov lalu tampil dengan aksi positif.