JOHOR BAHRU: Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menyasarkan untuk sekurang-kurangnya layak ke final acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Perancis pada Oktober depan.
Beliau berkata kejohanan dunia keempat buat dirinya itu memang mencabar bukan sahaja kerana penampilan pertamanya dalam acara keirin di kejohanan berkenaan tetapi juga disebabkan ketiadaan jaguh negara Datuk Azizulhasni Awang.
"Saya berlumba di peringkat antarabangsa sudah sekian lama, dan ini kejohanan dunia keempat saya, jadi harap dapat sesuatu yang positif kali ini.
"Bagi kejohanan kali ini sprint (pecut) dan keirin, keirin pertama kali (berentap dalam kejohanan dunia). Sebelum ini saya banyak fokus acara sprint untuk layak ke Olimpik dan keirin Datuk Mohd Azizulhasni berlumba, jadi selepas ini saya kena fokus untuk keirin juga," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Atlet Johor Sukan SEA Vietnam 2021, Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Penyampaian Bantuan Pentadbiran Badan-Badan Gabungan MBNJ 2022, di sini malam tadi.
Atlet kelahiran Muar berusia 26 tahun yang meraih gangsa acara keirin di Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu berkata beliau akan cuba sedaya upaya dan mahu mencabar dirinya untuk ke final acara keirin.
"Untuk keirin, pertama sekali saya memang kena fokus untuk ke final, tetapi tengok daripada Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini kebanyakan pelumba di situ akan ada di kejohanan dunia.
"Jadi insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik, selepas balik dari Birmingham saya berlatih tanpa henti dan banyak fokus dari segi kepantasan...perlumbaan macam-macam boleh berlaku, jadi kita tengok bagaimana nanti," katanya.
Ketika ditanya mengenai pandangan beliau sebagai pengganti dan pelapis Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah berkata tiada sesiapa boleh menggantikan atlet yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu.
"Untuk menggantikan tempat Mohd Azizulhasni Awang memang tidak akan ada pengganti, dia adalah satu-satunya dan tiada pengganti.
"Cuma kita ini akan meneruskan legasi dia dan generasi seterusnya pelumba berbasikal trek," katanya.
Pada 5 Ogos lepas, Mohd Azizulhasni menerusi hantaran di laman Facebooknya, mengucapkan tahniah atas kejayaan Muhammad Shah meraih gangsa dan persoalan mengenai siapa bakal menjadi pengganti dirinya sudah terjawab menerusi kejayaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022

Kejohanan dunia keempat buat Muhammad Shah itu memang mencabar bukan sahaja kerana penampilan pertamanya dalam acara keirin di kejohanan berkenaan malah disebabkan ketiadaan jaguh negara Datuk Azizulhasni Awang. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.

LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.

LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.

LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.

Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.

Impian Zulhelmi sarung jersi pasukan benua tercapai
Zulhelmi mencipta impak besar apabila muncul pelumba terbaik Asia pada peringkat keempat dari Bukit Mertajam ke Meru Raya, Ipoh.

SUKMA 2024: Muhammad Hafiq tekad hadiah pingat untuk Melaka
Katanya, walaupun acara yang bakal disertainya bukan acara kegemaran, namun beliau mahu memberikan kayuhan terbaik sekali gus menaiki podium.

Sukan Olimpik Paris: Tambah berat badan jadi agenda Nurul Izzah Izzati
Tuntutan perlumbaan elit memerlukan Nurul Izzah Izzati meningkatkan kualiti ototnya jika mahu berdaya saing di samping pelumba handalan dunia.

MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.

Beasley jangka Nurul Izzah mampu 'meledak' sebagai pelumba bertaraf dunia
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mampu menjadi pelumba bertaraf dunia apabila memasuki usia pertengahan dua puluhan.