Manchester United berjaya melebur rekod tanpa kalah Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mengalahkan pasukan itu ditempat lawan awal pagi tadi.

Namun, kemenangan tersebut tidak menggugat kedudukan Chelsea yang terus berada di tangga teratas Liga EPL.

Semua bermula dengan kesilapan David Luiz menjaringkan gol sendiri pada minit ke-4 memberi mata pendahuluan kepada MU.

Beberapa minit kemudian penyerang sensasi Robin van Persie pula menjaringkan gol kedua MU menjadikan keputusannya 2-0.

Pada pertengahan perlawanan, Chelsea pula membalas serangan dengan menjaringkan dua gol menerusi Juan Mata dan Nascimento Ramires pada minit ke-44 dan 53.

Bagaimanapun, dua pemainnya kemudian diarah keluar padang pada minit ke-62 dan 68.

Pemain pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan pemain sayap MU Ashley Young diikuti penyerang Chelsea Fernando Torres enam minit selepas itu.

Chelsea yang beraksi dengan sembilan pemain memberi kelebihan kepada MU untuk menjaringkan satu lagi gol.

Gol yang didakwa kontroversi kerana dikatakan ‘off-side’ itu telah dijaringkan oleh Javier Hernandez pada minit ke-75.

Keputusan akhir perlawanan MU 3, Chelsea 2.