Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran awal 93 pingat emas mampu dicapai kontinjen negara pada edisi ke-30 Sukan SEA 2019 di Filipina.
Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin memaklumkan sasaran berkenaan dibuat berdasarkan statistik kutipan pingat yang berjaya diraih atlet negara dalam beberapa edisi Sukan SEA terdahulu termasuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang melabuhkan tirainya, Ogos lepas.
"Kita memang membuat sasaran awal sejak Program Kita Juara dimulakan pada 2015 supaya kita dapat mengetahui objektif program latihan yang dirangka oleh persatuan sukan kebangsaan.
"Proses yang sama akan kita buat untuk Sukan SEA 2019 dengan mengandaikan di antara 93-96 pingat emas boleh dimenangi atlet kita berdasarkan jangkaan awal sukan-sukan yang akan dipertandingkan nanti dan meletakkan kita di kelompok tiga negara terbaik pada 2019," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan taklimat Program Penyediaan Atlet ke arah Temasya Sukan SEA 2019 kepada beberapa wakil persatuan sukan kebangsaan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Jefri mendedahkan seramai 300 orang termasuk 210 atlet yang telah dipilih pada November lepas, bakal melalui tiga fasa pemilihan untuk mewakili negara ke Sukan SEA 2019.
Fasa pertama bermula dari Februari hingga Disember 2018, disusuli fasa kedua dari Januari hingga Jun 2019 sebelum senarai akhir atlet diumumkan setelah berakhirnya fasa ketiga dari Julai hingga November 2019, jelasnya.
Jefri memaklumkan pemilihan atlet ke Sukan SEA dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan seperti merupakan pemenang pingat emas dan perak KL 2017, menduduki kelompok lima tempat terbaik pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2014, menduduki ranking keenam Asia dan ranking ke-10 dunia.
Malaysia meraih 145 pingat emas pada KL 2017, Ogos lepas yang merupakan pencapaian terbaik sejak penyertaan pada edisi sulung Sukan SEA yang dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) pada 1959 di Bangkok, Thailand. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 20 2017
![MSN sasar 93 emas Sukan SEA 2019 di Filipina MSN sasar 93 emas Sukan SEA 2019 di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81504107300_950x600.jpg)
Pemilihan atlet ke Sukan SEA dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan, antaranya pemenang pingat emas dan perak KL 2017. - Astro AWANI
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Filipina keluarkan amaran La Nina Filipina keluarkan amaran La Nina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667459408_NALGAE.jpg)
Filipina keluarkan amaran La Nina
Biro cuaca Filipina telah mengeluarkan amaran untuk La Nina, mencadangkan bahawa 70 peratus fenomena cuaca itu akan bermula pada Ogos dan berkemungkinan berterusan sehingga suku pertama tahun depan.
![Gempa bumi kuat 6.6 skala richter landa Mindanao, Filipina Gempa bumi kuat 6.6 skala richter landa Mindanao, Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608076420_Gempabumi.jpg)
Gempa bumi kuat 6.6 skala richter landa Mindanao, Filipina
Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 10.13 pagi tadi.
![China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709632005_TBRESUPPLUBOAT.jpg)
China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan
China dan Filipina mengadakan mesyuarat kesembilan berhubung Mekanisme Perundingan Dua Hala (BCM) di Laut China Selatan.
![Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719887508_MohamadHasan.jpg)
Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan lawatan tersebut juga tersebut juga adalah bersempena ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Filipina.
![Menteri Luar Malaysia adakan lawatan rasmi sulung ke Filipina pada 1 Julai Menteri Luar Malaysia adakan lawatan rasmi sulung ke Filipina pada 1 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705067375_MohamadHasan.jpg)
Menteri Luar Malaysia adakan lawatan rasmi sulung ke Filipina pada 1 Julai
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengadakan lawatan rasmi sulung beliau ke Filipina pada 1 Julai.
![Lima maut, 20 cedera dalam letupan gudang mercun di Filipina Lima maut, 20 cedera dalam letupan gudang mercun di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719695996_firecrackerwarehous.jpg)
Lima maut, 20 cedera dalam letupan gudang mercun di Filipina
Sebuah gudang mercun di Bandar Zamboanga, selatan Filipina ragut lima nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang.
![Filipina kesan kes pertama demam Q babitkan kambing diimport dari AS Filipina kesan kes pertama demam Q babitkan kambing diimport dari AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719034657_BAI.jpg)
Filipina kesan kes pertama demam Q babitkan kambing diimport dari AS
Demam Q merupakan penyakit zoonotik yang disebabkan bakteria Coxiella burnetii, boleh menular kepada manusia melalui sentuhan dengan haiwan yang dijangkiti atau najisnya.
![Letusan Gunung Kanlaon: Filipina batalkan 29 penerbangan domestik Letusan Gunung Kanlaon: Filipina batalkan 29 penerbangan domestik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644833222_NinoyAquinoInterna.jpg)
Letusan Gunung Kanlaon: Filipina batalkan 29 penerbangan domestik
29 penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Filipina telah dibatalkan susulan letusan Gunung Kanlaon di Pulau Negros.
![Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712819824_GempaBumiGeneric.jpg)
Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.
![China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711320165_tbWUQIAN.jpg)
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.