Prestasi pasangan negara itu ternyata berada pada tahap terbaik, biarpun berehat lama untuk menumpaskan Kazuki Shibata-Naoki Yamada dari Jepun secara straight set.
Mereka yang menghuni ranking ke-13 dunia mendominasi permainan untuk menang set pertama 21-13.
Momentum positif diteruskan pada set kedua untuk mengesahkan kemenangan 21-13 dalam tempoh 39 minit permainan di Arena Yokohama itu.
Sze Fei-Nur Izzuddin bakal menanti sama ada wakil negara, Low Hwang Yee atau beregu dari Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han dalam saingan pusingan kedua. -- Sinar Harian