Juara kebangsaan, Mohd Nafiizwan Adnan mara ke pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia selepas membuat kejutan menewaskan pemain nombor tiga dunia, Omar Mosaad di Kaherah, Mesir, lewat Sabtu waktu tempatan (awal pagi Ahad waktu Malaysia).
Pemain negara yang menduduki ranking 33 dunia, menundukkan wakil tuan rumah itu dalam pertarungan maraton pusingan kedua yang berlangsung selama 102 minit, dengan 6-11, 11-8, 12-10, 1-11, 12-10 di Kelab Wadi Degla.
Mohd Nafiizwan berkata beliau tidak menyangka mampu menewaskan pemain tinggi lampai dari Mesir itu.
"Beliau banyak mengutip mata hasil kesilapan saya sendiri. Jadi, semuanya bergantung kepada disiplin permainan saya. Itulah yang saya usahakan bersama (jurulatih) Peter Genever dan James Simpson, penganalisis video kami.
"Bertenang, itu kata mereka kepada saya. Ternyata mereka betul," katanya seperti dilaporkan dalam laman web rasmi kejohanan www.wadideglaworldsquashchamps.com.
"Saya hanya mengingatkan diri untuk menikmati permainan saya. Memang saya menikmatinya ketika ini...tuah jelas memihak kepada saya.
"Sepanjang perlawanan saya hanya memikirkan ia mungkin perlawanan terakhir saya di kejohanan ini, jadi saya perlu berusaha 100 peratus," kata pemain yang berpangkalan di Manchester, England itu.
Di pusingan ketiga, Mohd Nafiizwan akan menentang seorang lagi pemain Mesir, Fares Dessouky selepas pilihan ke-15 itu menundukkan Gregoire Marche dari Perancis 13-11, 11-5, 8-11, 11-9 dalam satu lagi aksi pusingan kedua. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2016
![Mohd Nafiizwan catat keputusan mengejut di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia Mohd Nafiizwan catat keputusan mengejut di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477796091_MohdNafiizwan.jpg)
Mohd Nafiizwan berkata beliau tidak menyangka mampu menewaskan pemain tinggi lampai Omar Mosaad dari Mesir itu. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sukan Asia 2018: Malaysia capai sasaran 7 emas menerusi skuasy lelaki Sukan Asia 2018: Malaysia capai sasaran 7 emas menerusi skuasy lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41535811734_SUKANASIA.jpg)
Sukan Asia 2018: Malaysia capai sasaran 7 emas menerusi skuasy lelaki
Malaysia telah mencapai sasaran tujuh pingat emas pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas pasukan skuasy lelaki menewaskan pilihan utama Hong Kong 2-1 dalam final.
![Nicol ketuai cabaran pemain Malaysia mara ke suku akhir Nicol ketuai cabaran pemain Malaysia mara ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81464588139_950x600.jpg)
Nicol ketuai cabaran pemain Malaysia mara ke suku akhir
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mengetuai cabaran pemain Malaysia mara ke suku akhir acara skuasy individu.
![Mohd Nafiizwan lakar sejarah kutip pingat gangsa di Gold Coast Mohd Nafiizwan lakar sejarah kutip pingat gangsa di Gold Coast](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523272222_Squasy.jpg)
Mohd Nafiizwan lakar sejarah kutip pingat gangsa di Gold Coast
Pemain skuasy lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan melakar sejarah tersendiri apabila menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.
![Nafiizwan kejutkan juara dunia mara ke separuh akhir Nafiizwan kejutkan juara dunia mara ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508333509_MohdNafiizwan.jpg)
Nafiizwan kejutkan juara dunia mara ke separuh akhir
Pemain skuasy lelaki utama negara, Mohd Nafiizwan Adnan, menghancurkan impian bekas juara dunia tiga kali, Nick Matthew.
![Nafiizwan akhiri kemarau gelaran, juarai Terbuka Manitoba Nafiizwan akhiri kemarau gelaran, juarai Terbuka Manitoba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508333509_MohdNafiizwan.jpg)
Nafiizwan akhiri kemarau gelaran, juarai Terbuka Manitoba
Mohd Nafiizwan yang muncul naib juara pada Terbuka Montreal baru-baru ini, melakar kejutan selepas menumpaskan pilihan utama, Campbell Grayson dari New Zealand.
![Nafiizwan tarik diri sertai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia Nafiizwan tarik diri sertai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508333509_MohdNafiizwan.jpg)
Nafiizwan tarik diri sertai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia
Pemain pilihan kedua kejohanan itu terpaksa menarik diri pada saat akhir akibat cedera lutut kanan susulan insiden tersebut yang berlaku berhampiran rumahnya di Sri Petaling.
![Naffizwan, Delia selangkah pertahan gelaran juara skuasy kebangsaan Naffizwan, Delia selangkah pertahan gelaran juara skuasy kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479489404_DeliaArnold.jpg)
Naffizwan, Delia selangkah pertahan gelaran juara skuasy kebangsaan
Pilihan utama Mohd Nafiizwan Adnan dan Delia Arnold hanya selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan selepas menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir hari in
![Mohd Nafiizwan mara ke undian utama Klasik Qatar Mohd Nafiizwan mara ke undian utama Klasik Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477796091_MohdNafiizwan.jpg)
Mohd Nafiizwan mara ke undian utama Klasik Qatar
Juara kebangsaan, Mohd Nafiizwan Adnan mara ke undian utama kejohanan skuasy Klasik Qatar selepas melepasi halangan terakhirnya di peringkat kelayakan di Doha, hari ini.
![Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477796091_MohdNafiizwan.jpg)
Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir
Satu-satunya wakil Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan tewas pada pusingan ketiga kejohanan yang berlangsung di Kelab Wadi Degla, di Kaherah.
![Mohd Nafiizwan catat keputusan mengejut di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia Mohd Nafiizwan catat keputusan mengejut di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477796091_MohdNafiizwan.jpg)
Mohd Nafiizwan catat keputusan mengejut di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia
Juara kebangsaan, Mohd Nafiizwan Adnan mara ke pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia selepas membuat kejutan.