Pilihan utama Mohd Nafiizwan Adnan dan Delia Arnold hanya selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan selepas menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir hari ini.
Nafiizwan memastikan tiket ke perlawanan akhir kategori lelaki dalam genggamannya selepas menjinakkan juara remaja dunia, Ng Eain Yow 11-8, 11-6, 11-9 dalam masa 34 minit di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil di sini.
"Saya bermain baik pada perlawanan tadi dengan menguasai segenap penjuru gelanggang serta memberi tekanan sejak awal permainan dan itu menyukarkan Eain Yow.
"Saya percaya beliau (Ng) mampu menjadi pemain terbaik dunia, beliau masih muda dan perlu berlatih dengan sepenuh hati untuk memajukan diri," kata pemain ranking 31 dunia itu.
Pada aksi final esok, Nafiizwan bakal membuat perhitungan dengan seorang lagi pemain negara, Ivan Yuen yang mara ke final selepas menundukkan Mohammad Addeen Idrakle Bahtiar 11-4, 11-4, 11-7 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Sementara itu, bagi kategori wanita, Delia terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan pemain remaja negara, S. Sivasangari dalam aksi lima set yang berkesudahan 14-12, 10-12, 11-9, 6-11, 11-7 dalam masa 74 minit.
"Memang saya sudah jangkakan perlawanan sengit pada hari ini, Sivasangari bermain dengan baik, pujian harus diberikan kepadanya.
"Saya agak tertekan pada perlawanan tadi kerana bermain dengan seorang yang berstatus 'underdog' lebih menyukarkan sebenarnya," kata pemain ranking ke-15 dunia itu.
Delia bakal menentang seorang lagi jaguh negara, Low Wee Wern pada pentas final esok selepas Wee Wern berjaya menidakkan harapan Delia untuk bertemu adiknya Rachel di final selepas menang 11-5, 11-4, 11-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 19 2016

Delia terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan pemain remaja negara, S. Sivasangari dalam aksi lima set yang berkesudahan 14-12, 10-12, 11-9, 6-11, 11-7 dalam masa 74 minit. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Naffizwan, Delia selangkah pertahan gelaran juara skuasy kebangsaan
Pilihan utama Mohd Nafiizwan Adnan dan Delia Arnold hanya selangkah lagi untuk mengulangi kejayaan menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan selepas menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir hari in

Delia Arnold semakin hampir pertahan gelaran kebangsaan
Juara bertahan itu semakin hampir dalam usahanya mempertahankan gelaran di Kejohanan Skuasy Kebangsaan selepas mara ke separuh akhir.

Skuasy: Delia tersingkir di Terbuka Amerika Syarikat
Pemain skuasy wanita nombor dua negara, Delia Arnold tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat 2015 yang berlangsung di Philadephia.

Pasukan skuasy wanita Malaysia raih emas ketiga negara
Pasukan skuasy wanita Malaysia menguasai acara skuasy pada kejohanan Sukan Asia ke-17, di sini selepas menewaskan India pada perlawanan akhir, hari ini.

Delia tersingkir daripada terbuka Britain
Cabaran pemain Malaysia Delia Arnold pada kejohanan skuasy Terbuka Britain 2013 di Pontefract, Yorkshire Barat, England, berakhir pada Selasa.