Cabaran negara dalam Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir selepas satu-satunya wakil Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan tewas pada pusingan ketiga kejohanan yang berlangsung di Kelab Wadi Degla, di Kaherah, Mesir lewat Isnin (awal pagi Selasa waktu Malaysia).
Mohd Nafiizwan, bagaimanapun berjaya memberi saingan sengit terhadap pemain pilihan ke-15, Fares Dessouky dari Mesir sebelum kalah 3-2 (11-13, 11-6, 6-11, 12-10 dan 6-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 99 minit, menurut laman web rasmi kejohanan itu, www.wadideglaworldsquashchamps.com.
Dessouky akan bertemu rakan senegara, Ramy Ashour pada suku akhir Rabu ini selepas juara dunia tiga kali itu menewaskan Daryl Selby dari England; 11-6, 8-11, 11-5 dan 11-8 dalam satu lagi perlawanan pusingan ketiga.
Terdahulu, Mohd Nafiizwan yang bukan pemain pilihan, membuat kejutan besar dengan mengalahkan pemain pilihan ketiga dan pemain nombor tiga dunia, Omar Mosaad dari Mesir dalam perlawanan pusingan kedua pada Sabtu.
Empat lagi pemain Malaysia -- Ng Eain Yow, Mohd Addeen Idrakie Bakhtiar, Mohd Syafiq Kamal dan Ivan Yuen -- gagal mara ke undian utama yang menawarkan hadiah wang tunai US$325,000 (RM1.362 juta) selepas tewas dalam pusingan kelayakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 01 2016
![Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477796091_MohdNafiizwan.jpg)
Mohd Nafiizwan, bagaimanapun berjaya memberi saingan sengit terhadap pemain pilihan ke-15, Fares Dessouky dari Mesir sebelum kalah 3-2 dalam perlawanan selama 90 minit. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51477796091_MohdNafiizwan.jpg)
Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir
Satu-satunya wakil Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan tewas pada pusingan ketiga kejohanan yang berlangsung di Kelab Wadi Degla, di Kaherah.