Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al-Amin Abd Majid dilantik memangku jawatan presiden badan induk itu berikutan keadaan kesihatan penyandang, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arif tidak mengizinkan.
Peralihan kuasa sementara tersebut berkuat kuasa serta-merta selepas mesyuarat Ahli Majlis BAM hari ini bersetuju dengan permintaan Tengku Mahaleel untuk mengambil cuti panjang kerana masalah kesihatan.
Tengku Mahaleel berkata beliau memohon cuti atas sebab kesihatan dan Mohamed Al Amin bersetuju untuk mengambil alih tempatnya buat sementara.
"Sampai bila saya bercuti, ia bergantung pada tahap kesihatan saya. Saya akan membantu apa sahaja yang boleh saya bantu," katanya pada pemberita selepas mesyuarat itu di sebuah hotel di Subang, dekat sini.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak melepaskan jawatannya itu serta-merta dan yakin kepimpinan tertinggi BAM akan meneruskan program yang dirancang terutamanya Program Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016.
Tengku Mahaleel telah dipilih untuk menerajui persatuan itu bagi penggal 2013-2017.
Dalam pada itu, mesyuarat itu tidak mengeluarkan surat pelantikan rasmi kepada Mohamed Al-Amin tetapi hanya melibatkan persetujuan ahli Majlis BAM.
Menyentuh mengenai prestasi Datuk Lee Chong Wei, Tengku Mahaleel tidak menafikan prestasi jaguh badminton negara itu telah merundum dan berharap ini tidak menjejaskan persiapannya untuk menghadapi Sukan Olimpik tahun depan.
"Morten (Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen) telah menjelaskan masalah yang sedang dihadapi kini. Badminton juga seperti bola sepak ada pasang surut...saya percaya pihak kejurulatihan dan pemain akan berbincang untuk mengatasi masalah ini," katanya.
Sementara itu, Mohamed Al-Amin, yang juga Ketua Kontinjen Negara ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, berkata beliau bersedia memikul tanggungjawab baharu itu.
"Sebenarnya tanggungjawab saya semakin berat tetapi ini adalah perkara yang perlu saya pikul. Tiada perancangan baharu cuma selepas ini saya akan memberikan tumpuan lebih kepada pemain dalam setiap kejohanan yang mereka sertai," katanya.
Menurutnya beliau akan akan memberikan tumpuan lebih tinggi dalam memantau prestasi pemain dalam setiap kejohanan dan program yang disediakan untuk memastikan badminton mencapai sasaran pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik itu.
Bernama
Sun Oct 18 2015
![Mohamed Al-Amin kini memangku jawatan Presiden BAM - Tengku Mahaleel Mohamed Al-Amin kini memangku jawatan Presiden BAM - Tengku Mahaleel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61445165321_AlAminAbdulMajid.jpg)
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff (tengah) bergambar dengan Timbalan Presiden I BAM Tan Sri Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid (kanan) selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM pada Ahad. - Foto BERNAMA
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
![Olimpik Paris: Misi emas Zii Jia bermula dalam Kumpulan G Olimpik Paris: Misi emas Zii Jia bermula dalam Kumpulan G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720778941_TBZiiJia.jpg)
Olimpik Paris: Misi emas Zii Jia bermula dalam Kumpulan G
Wakil perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, mampu menarik nafas lega dalam meniti cabaran awal Sukan Olimpik Paris 2024.
![Berbasikal trek, badminton mampu jelmakan pingat emas pertama Malaysia di Olimpik Berbasikal trek, badminton mampu jelmakan pingat emas pertama Malaysia di Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681277143_TBHAMIDIN.jpg)
Berbasikal trek, badminton mampu jelmakan pingat emas pertama Malaysia di Olimpik
Hamidin berkata ini berdasarkan prestasi semasa, selain pencapaian sukan berkenaan dalam beberapa kejohanan dan temasya Sukan Olimpik edisi sebelum ini.
![Lelaki maut ketika main bola keranjang Lelaki maut ketika main bola keranjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720071090_mayat.jpg)
Lelaki maut ketika main bola keranjang
Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain bola keranjang dalam kejadian di sebuah kolej swasta dekat sini pada Rabu.
![Persatuan Badminton Indonesia mohon maaf kematian pemain China di AJC Persatuan Badminton Indonesia mohon maaf kematian pemain China di AJC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719891496_ZhangZhiJie.jpg)
Persatuan Badminton Indonesia mohon maaf kematian pemain China di AJC
PBSI mengambil sepenuhnya tanggungjawab dengan menguruskan penghantaran pulang mayat pemain itu ke negara kelahirannya.
![Pemain badminton China disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung Pemain badminton China disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719891496_ZhangZhiJie.jpg)
Pemain badminton China disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung
Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia pada Ahad.
![Jin Wei 'reda' ke Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatih Jin Wei 'reda' ke Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719564707_GohJinWei.jpg)
Jin Wei 'reda' ke Olimpik Paris 2024 tanpa jurulatih
Goh Jin Wei akur dengan hakikat bahawa akan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bersendirian tanpa jurulatihnya Nova Armada.
![Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719482031_TBMediaBadminton.jpg)
Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1.
![Analisis lawan bekal keyakinan Johnathan ke Olimpik Analisis lawan bekal keyakinan Johnathan ke Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719229312_JohnathanWongGuanj.jpg)
Analisis lawan bekal keyakinan Johnathan ke Olimpik
Penembak negara Johnathan Wong menjalankan analisis terhadap kemampuan penembak lain yang bakal bersaing dalam acara 10 meter (m) air pistol di Sukan Olimpik Paris 2024, bulan depan.
![Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718835414_beregubadminton.jpg)
Peningkatan Hon Jian-Haikal tembusi 20 teratas dunia perkembangan positif - Rexy
Beregu muda negara itu mendaki lapan anak tangga untuk menduduki ranking ke-20 dunia, iaitu kedudukan terbaik dalam karier.
![Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024 Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718835707_RexyMainaky.jpg)
Skuad badminton jalani 'tuisyen' malam menjelang fasa kritikal ke Paris 2024
Rexy berkata, latihan tambahan itu akan diadakan dua atau tiga kali seminggu melibatkan semua pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia.