Ini luahan pemain-pemain AirAsia Saiyan apabila terlibat dengan drama kontoversi Piala Asia Tenggara Mobile Legends pada bulan lalu.
Mariah Ahmad
Wed Aug 08 2018
AirAsia Saiyan merupakan wakil tunggal daripada Malaysia bagi bersaing dengan sembilan kumpulan terbaik Asia Tenggara yang lain untuk merebut gelaran yang terbaik di rantau ini. - Foto Astro AWANI
“MARUAH kami sudah tercalar. Maruah kami seperti ‘dicakar-cakar’.
“Tiada langsung keprihatinanan terhadap kami. Tiada penghormatan dan integriti untuk kami,".
Itu luahan kekesalan kapten pasukan Mobile Legends AirAsia Saiyan, Ahmad Fuad Razali (Fredo) apabila mereka terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri daripada Piala Asia Tenggara pada 28 Julai lalu.
Meskipun ‘drama’ sudah berlalu hampir dua minggu lalu, pastinya kesan kesilapan yang didakwa dilakukan penganjur kejohanan itu memberi impak mendalam kepada AirAsia Saiyan.