Drama Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2018 dilihat masih belum berakhir selepas pasukan Malaysia, AirAsia Saiyan mengambil keputusan untuk menarik diri selepas kira-kira enam jam layak ke pusingan separuh akhir semalam.
Menerusi kenyataan pada pagi ini, AirAsia Saiyan berkata tindakan menarik diri itu adalah sebagai langkah protes terhadap tindakan penganjur kejohanan tersebut iaitu RevivaLTV.
“RevivaLTV menarik balik keputusan mereka untuk memberikan slot separuh akhir kepada AirAsia Saiyan selepas mendapat bantahan keras daripada pasukan Aerowolf Pro Team.
“Mereka meminta kami bermain satu perlawanan sebelum ke slot separuh akhir.
“Kami dengan pendirian teguh, percaya bahawa slot separuh akhir MSC adalah milik kami berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani antara pihak kami dan pihak RevivalTV pada 24 Julai lalu,” kata AirAsia Saiyan.
Menurut organisasi e-sukan tersebut, tindakan menolak keputusan pihak penganjur itu untuk melakukan perlawanan semula menentang Aerowolf Pro Team itu adalah demi menjaga nama dan maruah AirAsia Saiyan.
Dua kontrak berbeza
AirAsia Saiyan juga mendakwa kesalahan yang dilakukan RevivaLTV tidak sepatutnya menjejaskan integriti kejohanan ini terutama apabila pengumuman pasukan itu layak ke separuh akhir telah diputuskan pada pukul 11 malam semalam.
BACA: AirAsia Saiyan layak ke separuh akhir
“Selepas jam 11 malam itu, terdapat lagi satu pertemuan dengan RevivaLTV, penerbit permainan video ini Moonton dan Aerowolf Pro Team di lobi hotel kami pada jam 1 pagi.
“Pihak penganjur menjelaskan bahawa pasukan Aerowolf telah menandatangani kontrak yang berbeza dengan kami pada 3 Julai lalu semasa sidang media MSC 2018.
“Kontrak Aerowolf adalah dalam bahasa Indonesia dan mereka juga menunjukkan buku peraturan pertandingan yang baru yang ditandatangani oleh pasukan Aerowolf dan RevivalTV,” tambah AirAsia Saiyan.
Pasukan itu juga mendakwa terdapat dua kontrak berbeza antara pasukan yang terlibat dalam kejohanan MSC dan bagi menyelesaikan isu tersebut, pihak penganjur mencadangkan supaya mengadakan satu perlawanan semula antara AirAsia Saiyan dan Aerowolf Pro Team untuk slot separuh akhir.
Jika AirAsia menolak cadangan tersebut, mereka akan ‘disingkirkan’ daripada sertai MSC.
Ambil tindakan undang-undang
Selepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada MSC, AirAsia Saiyan turut bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap RevivaLTV.
“Sebagai wakil Malaysia di MSC, kami bersependapat bahawa integriti pertandingan amat penting untuk pembangunan e-sukan di Asia Tenggara, dan ianya bukanlah sesuatu yang kami boleh bertolak ansur dua kali, dalam dua hari pertandingan MSC ini.
“Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak RevivalTV kerana kontrak kami yang ditandatangani di antara pihak AirAsia Saiyan dan RevivaLTV.
“Kami kecewa, tetapi kami percaya bahawa ini adalah keputusan yang betul demi pembangunan e-sukan di masa depan. Sekali lagi, kami ingin memohon maaf kepada penyokong-penyokong ASYN dan juga rakyat Malaysia kerana gagal mengibarkan bendera Malaysia pada hari ketiga MSC,” kata AirAsia Saiyan.
Sebelum ini, AirAsia Saiyan turut berdepan dengan masa teknikal pada hari pertama kejohanan dan keputusan awal Moontan bagi menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan mengadakan perlawanan semula dengan Aerowolf Pro Team.
Bagaimana pun, Moonton dilihat menarik balik keputusan untuk mengadakan perlawanan semula tersebut.
BACA: Mobile Legends: Peluang 'mati hidup semula' AirAsia Saiyan
Kejohanan MSC yang berlangsung sejak 27 Julai lalu disertai 10 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM400,000.
AirAsia Saiyan merupakan wakil tunggal daripada Malaysia dan terdiri daripada enam anak muda berbakat besar iaitu Ahmad Fuad 'Fredo' Razali Andi Alfian 'Gripex' Firman, Herwin ‘Rush’ Baharuddin, Abdul Wandi, 'Logan' Abdul Kadir, Sofian ‘Penjahat’ Sultan dan Mohd Faris 'Soloz' Zakaria
MSC yang memasuki edisi kedua tahun ini, dilihat sebagai salah sebuah kejohanan terbesar e-sukan mudah alih di rantau ini.
Mariah Ahmad
Sun Jul 29 2018

AirAsia Saiyan merupakan wakil tunggal daripada Malaysia bagi bersaing dengan sembilan kumpulan terbaik Asia Tenggara yang lain untuk merebut gelaran yang terbaik di rantau ini.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Mobile Legends: Kami tidak main tipu - Aerowolf
Pasukan Mobile Legends Indonesia, Aerowolf menegaskan mereka tidak melakukan sebarang tipu muslihat sepanjang kejohanan Piala Asia Tenggara berlangsung.