Lima petarung sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) negara telah berjaya meraih kemenangan bagi kesemua pertarungan mereka pada Jumaat.
Pertarungan ONE: Age Of Champions yang berlangsung di Stadium Putra malam tadi itu antaranya menyaksikan Peter Davis menewaskan lawannya dari India, Rajinder Singh Meena manakala Ann Osman menewaskan lawannya dari Mesir, Walaa Abbas.
Peter yang bertarung dalam Super Fight Malaysia, telah mengalahkan Rajinder menerusi asakan ‘ground and pound’ yang memaksa pengadil menamatkan pertarungan dalam pusingan pertama.
Ketika ditemui wartawan, Peter berkata pada mulanya dia menjangka pertarungannya itu akan berakhir secara berdiri, namun dia tersilap meskipun gembira dengan keputusan tersebut.
“Tetapi saya telah buktikan bahawa MMA di Malaysia akan terus kekal, dan ia akan kekal,” katanya pada sidang media yang diadakan sejurus selepas itu.
Dalam satu lagi perlawanan Super Fight Malaysia, Ann telah berjaya menewaskan Walaa menerusi ‘submission’.
Mengulas tentang pertarungannya, Ann berkata dia memang sudah menjangka pertarungan tersebut akan berakhir sedemikian.
“Apa yang saya boleh kata, dia (Walaa) memang seorang petarung yang kuat, tetapi saya ikut sahaja perancangan awal dan ianya berakhir dengan submission,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, tiga lagi wira tempur Malaysia iaitu Agilan Thani, Gianni Subba dan Ev Ting turut berjaya menewaskan lawan masing-masing dari Indonesia, Vietnam dan Filipina.
Masa terpantas pula dicatat oleh Gianni yang mengalahkan lawannya, Thanh Vu dalam hanya 20 saat pada pusingan pertama.
Berikut adalah keputusan penuh ONE: Age Of Champions:
Kejuaraan Dunia ONE Flyweight: Adriano Moraes menewaskan Riku Shibuya melalui keputusan pengadil
Lightweight: Peter Davis menewaskan Rajinder Singh Meena melalui TKO pada minit 2:41 pusingan 1
Flyweight wanita: Ann Osman menewaskan Walaa Abbas melalui submission pada minit 2:23 pusingan 1
Featherweight: Ev Ting menewaskan Cary Bullos melalui submission pada minit 1:05 pusingan 2
Flyweight: Gianni Subba menewaskan Thanh Vu melalui knockout pads minit 0:20 pusingan 1
Atomweight wanita: Kirstie Gannaway menewaskan April Osenio melalui submission pada minit 2:50 pusingan 2
Bantamweight: Chan Rothana menewaskan Ramon Gonzales melalui TKO pada minit 4:48 pusingan 1
Catchweight (82kg): Agilan Thani menewaskan Reant Fabriza Rainir melalui TKO pada minit 1:21 pusingan 1
Haider Yutim
Sat Mar 14 2015
Pengadil mengumumkan kemenangan Peter Davis selepas menewaskan lawannya, Rajinder Singh Meena. Foto ONE Championship
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
MMA: Malaysia raih lima kemenangan di ONE 'Age Of Champions'
Lima petarung sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) negara telah berjaya meraih kemenangan bagi kesemua pertarungan mereka, Jumaat.