KUALA LUMPUR: Setelah misi untuk membuat penampilan kedua pada Sukan Olimpik di Tokyo, Julai depan hampir mustahil, ratu pecut wanita negara Zaidatul Husniah Zulkifli, kini berazam melayakkan diri ke Sukan SEA 2021 di Vietnam, akhir tahun ini.
Beliau berkata fokus utama ketika ini adalah membina semula kekuatan kakinya, menerusi program pemulihan di Institut Sukan Negara (ISN) selepas menjalani pembedahan di lulut kanan (ACL reconstruction and cartilage repair) untuk kali kedua pada awal tahun ini.
Jelas atlet berusia 27 tahun itu, beliau belum bersedia untuk mengibarkan bendera putih dalam dua acara pecut kegemarannya, 100 meter (m) dan 200m, selain teruja untuk tampil lebih baik selepas pulih daripada kecederaan.
"Saya belum terfikir untuk bersara, masih mahukan (beraksi) lagi. Cuma saya perlu kuatkan kaki dan tidak mahu terburu-buru untuk kembali berlatih, sebab takut kecederaan itu datang semula. Jurulatih juga cakap kuatkan kaki dulu sebelum datang kepadanya.
"Untuk Sukan SEA akan datang, secara jujur saya akan cuba (layak) juga tetapi apa-apa pun ia bergantung pada proses pemulihan, di mana tempoh masa untuk sembuh sepenuhnya antara enam hingga sembilan bulan," katanya kepada Bernama.
Pada 2019, Zaidatul Husniah merekod kepantasan peribadi terbaik 11.65 saat (s) dan pernah menggegar arena olahraga dengan catatan 11.35s pada 2017 untuk memecahkan rekod kebangsaan 11.50s dilakukan G. Shanti, namun tidak diiktiraf Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) susulan isu teknikal.
Mengulas mengenai tempoh proses pemulihan yang panjang berbanding biasa, Zaidatul Husniah berkata masa sembilan bulan itu ditetapkan beliau sendiri, selepas proses tersebut terganggu selama dua bulan susulan kekangan dihadapi susulan pandemik COVID-19.
Justeru, beliau mengakui berdepan tugas sukar untuk kembali mencapai prestasi terbaiknya menjelang Sukan SEA yang dijadual berlangsung pada November, memandangkan selain kehilangan kekuatan kaki, beliau juga kehilangan jisim otot.
"Sama ada saya akan berlatih dengan Miller (Dwayne Miller) itu tidak dapat dipastikan, saya juga tidak tahu apa program untuk saya akan datang," jelas pemenang pingat perak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, itu.
Pada edisi Sukan SEA 2019 di Filipina, Zaidatul Husniah gagal mempertahankan pingat perak dimenanginya, apabila sekadar menamatkan saingan final di tempat keenam daripada keseluruhan lapan peserta dengan catatan 11.84s.
Atlet berasal dari Kedah itu pernah membuat penampilan pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro dalam pusingan kelayakan 100m pecut wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 14 2021
Zaidatul Husniah berkata fokus utama ketika ini adalah membina semula kekuatan kakinya, menerusi program pemulihan di Institut Sukan Negara.
EPL: West Ham pecat Julen Lopetegui
Pemecatan itu susulan kekalahan West Ham 1-4 kepada Manchester City minggu lalu dengan The Hammers kini menduduki tangga ke-14 EPL.
AWANI Ringkas: Bincang isu kerjasama dua hala
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10.15 pagi.
[TERKINI] Majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia 2025
Ikuti majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The Economy: KRI Report: Searching for the ‘Poor’ and ‘Middle Class’ in Malaysia
Join Ibrahim Sani on The Economy as he hosts a special panel discussion with Gregory Ho, Research Associate at KRI, and Dr. Suraya Ismail, Director of Research at KRI. They delve into the latest KRI report, exploring the definitions and realities of the 'poor' and 'middle class' in Malaysia. Gain insights into the socio-economic landscape and policy implications for the nation's future.
KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara
Hasil siasatan awal mendapati identiti mangsa tidak diketahui identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.
“Tidak boleh bawa hal remeh yang boleh mengancam negara” - PM
Perdana Menteri bertegas mengambil peluang mengangkat martabat ekonomi negara dengan pengurusan ekonomi yang baik, meningkatkan usaha dan menjalinkan kerjasama.
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Menurut sumber, semua suspek berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 dan 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang pada Rabu.
Kekuatan ekonomi bergantung pada kestabilan politik dan dasar yang jelas
Perdana Menteri berkata prasyarat utama untuk mengangkat kekuatan ekonomi juga keamanan, kestabilan politik, dasar yang jelas, dasar ekonomi yang dapat kekuatan melalui penglibatan sektor swasta dan kecekapan sektor awam.
#AWANInews
#AWANInews
KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
Empat sukan yang akan diberi tumpuan oleh KBS ialah angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
Persembahan Celine Dion di pembukaan Olimpik dapat pujian ramai
Dion meluahkan rasa gembiranya dapat kembali ke pentas, serta mengucapkan selamat berjaya buat atlet terlibat.
PM ajak rakyat Malaysia doakan kejayaan kontinjen negara di Sukan Olimpik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menzahirkan sokongan padu buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Phee Jinq En mahu berehat seketika dari kolam renang
Phee Jinq mengambil keputusan untuk melupakan seketika kolam renang selepas kejayaan menyumbang pingat emas dan perak kepada kem negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Tiada pemanah lelaki layak ke Paris 2024
Buat pertama kali selepas 16 tahun Malaysia tidak akan mempunyai pemanah lelaki beraksi di temasya Sukan Olimpik menjelang edisi Paris 2024 bermula bulan depan.
KBS akan tambah baik Program Podium - Timbalan Menteri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menambah baik Program Podium Sukan Elit (Program Podium) bagi meningkatkan kualiti dan prestasi atlet negara.
KBS-Jawatankuasa RTG bincang Isnin ini - Hannah
Hannah Yeoh berkata perkara ini perlu diteliti sebaik mungkin untuk memastikan atlet yang terlibat dengan program RTG dapat memburu emas pertama negara di Sukan Olimpik.
Pengguguran, pengambilan atlet ke program RTG bakal dibincang minggu depan
Keputusan sama ada menggugurkan atau mengekalkan senarai atlet yang kini berada dalam program RTG, akan dibincangkan jawatankuasa program berkenaan pada minggu depan.
Jadikan kisah di Athens 2004 sebagai inspirasi untuk ke Paris 2024 - Chong Wei
Chong Wei mahu pemain negara yang belum pernah merasai pengalaman di Sukan Olimpik untuk mengambil inspirasi kisahnya pada Athens 2004.