PETALING JAYA: Keputusan sama ada menggugurkan atau mengekalkan senarai atlet yang kini berada dalam program Road To Gold (RTG), akan dibincangkan jawatankuasa program berkenaan pada mesyuarat kedua yang dijadual minggu depan.
Koordinator RTG Datuk Stuart Ramalingam berkata Sekretariat RTG, bakal membentangkan laporan berhubung prestasi semasa atlet, sebelum jawatankuasa memutuskan sama ada mahu menggugurkan atau membawa masuk atlet baharu, ke dalam program tersebut.
"Sebagaimana kita tahu, RTG ada kriteria perlu dipenuhi untuk penerimaan dan pengguguran setiap atlet, mereka juga tahu. Prestasi semasa ialah penting bagi membolehkan mereka kekal dalam RTG.
"Bukan saya buat keputusan mengenai senarai atlet RTG, tetapi kita akan kemukakan prestasi semasa atlet dan Jawatankuasa akan buat keputusan untuk gugurkan atau terima atlet baru dalam RTG," katanya selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada atlet yang membawa cabaran negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia 2023 di Berlin, Jerman, di sini hari ini.
Atlet negara yang berhasrat beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih berpeluang untuk membuktikan kemampuan memandangkan kelayakan ke temasya empat tahun sekali itu baru sahaja bermula bagi sukan-sukan tumpuan Malaysia seperti badminton dan berbasikal trek.
Namun, baru-baru ini beberapa atlet yang berada dalam program RTG, mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan seperti beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing sehingga tercicir daripada kedudukan 10 teratas dunia, sekali gus menimbulkan persoalan.
Justeru, Stuart berkata tidak semua atlet yang tidak berada dalam kedudukan ranking 10 terbaik dunia perlu dikeluarkan daripada senarai RTG, mengambil kira terdapat atlet yang turun kedudukan mereka disebabkan mengalami kecederaan.
"Semua perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti. Saya bukan orang teknikal, jadi tidak boleh beri banyak komen mengenai perkara tersebut. Atlet tahu mengenai perkara ini kerana mereka sudah bersetuju dengan kriteria penerimaan dan pengguguran daripada RTG," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023
Stuart berkata tidak semua atlet yang tidak berada dalam kedudukan ranking 10 terbaik dunia perlu dikeluarkan daripada senarai RTG. - Gambar fail/Bernama
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka China
Ahmad Zahid menyifatkan kemenangan ke atas He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final semalam sebagai suatu yang bukan mudah untuk digapai.
Sze-Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi juarai Terbuka China
Kejayaan menjuarai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu merupakan pencapaian terbesar dalam karier pasangan negara itu setakat ini.
BAM umum skuad negara ke Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024
BAM mengumumkan barisan skuad kebangsaan bagi kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu untuk Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024.
Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.
Aaron-Wooi Yik terpaksa lupakan Terbuka China 2024
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri daripada menyertai Terbuka China 2024 di Changzhou.
Terbuka Hong Kong: Sze Fei-Izzuddin kandas di pusingan 16, tewas kepada Shohibul Fikri-Daniel Marthin
Pertemuan kali pertama antara kedua-dua pasangan itu menyaksikan wakil Indonesia melakar kebangkitan untuk ke peringkat suku akhir esok.
ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy
Pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada 24 Sept bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.