KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menambah baik Program Podium Sukan Elit (Program Podium) bagi meningkatkan kualiti dan prestasi atlet negara, kata Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim.
Beliau berkata walaupun objektif utama iaitu memenangi emas pertama Sukan Olimpik belum tercapai, program itu akan diteruskan bagi menyediakan bantuan, latihan dan dana untuk atlet-atlet berpretasi tinggi.
Adam Adli berkata antara penambahbaikan yang akan diteliti meliputi latihan, pertukaran pengetahuan, jurulatih dan fasiliti.
"Kalau kita lihat peruntukan yang diberikan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2024 untuk program podium itu akan ditambah, supaya kita dari semasa ke semasa boleh menambah baik persembahan dan pencapaian atlet-atlet kita," katanya kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan AEON Malaysia dan KBS di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 melaporkan objektif utama Program Podium yang dilancarkan pada 2 Feb 2016 untuk membawa pulang pingat emas Olimpik masih belum tercapai.
Menurut laporan itu, pencapaian output bagi Program Podium di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) kurang memuaskan dengan dua daripada lima sasaran tidak tercapai, manakala pencapaian keberhasilan juga kurang memuaskan kerana dua tidak tercapai dan satu masih belum dicapai daripada empat sasaran ditetapkan.
Bagaimanapun, laporan itu memaklumkan pencapaian output Program Podium di bawah Institut Sukan Negara (ISN) adalah baik kerana telah mencapai sasaran kemenangan pingat di tiga temasya sukan utama.
Mengenai hasrat kerajaan Kelantan yang ingin berbincang dengan KBS serta Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 yang bakal dianjurkan di negeri itu, Adam Adli berkata perbincangan tersebut belum dijalankan.
"... (perbincangan) itu memang tetap akan diadakan sebab jawatankuasa penganjuran SUKMA memang akan sentiasa perlu berhubung dan merancang bersama-sama dengan kerajaan negeri jadi itu perkara dan proses biasa.
"Soal pematuhan pemakaian dan juga perkara-perkara yang tertakluk di bawah enakmen negeri itu akan dilaksanakan selaras dengan apa yang kita anggap sebagai kerjasama di antara negeri dan (kerajaan) Pusat, kita faham ada beberapa perkara yang kita perlu perincikan dan nanti kita akan datang dengan keputusan yang telah kita buat selepas jawatankuasa itu bersidang," jelasnya.
Berkenaan majlis pada Selasa, Yayasan AEON Malaysia menyumbang 70 motosikal terpakai kepada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membantu pelajar B40 terpilih menjalani latihan kemahiran di Institusi Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) di seluruh negara.
Menerusi MoU itu, AEON dan KBS akan menyediakan penempatan latihan industri serta peluang pekerjaan kepada pelajar ILKBS, khidmat nasihat, penyertaan dalam Program Career Fest ILKBS dan sumbangan lain seperti latihan, peralatan, penyelenggaraan dan tenaga pakar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Adam Adli berkata antara penambahbaikan yang akan diteliti meliputi latihan, pertukaran pengetahuan, jurulatih dan fasiliti. - Foto fail/BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

MSN semak semula elaun jurulatih, atlet para badminton
Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyemak semula pemberian elaun kepada jurulatih dan atlet para badminton yang berada dalam Program Podium.

Objektif Program Podium belum tercapai - Laporan Ketua Audit
Objektif utama Program Podium Sukan Elit (Program Podium) yang dilancarkan pada 2 Feb 2016 untuk membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Olimpik masih belum tercapai.

Dorongan, doa ibu bawa Ariana ke pentas Sukan Olimpik
Mula berjinak sebagai atlet seawal usia 10 tahun, Ariana kini enggan menoleh ke belakang dan terus memburu impiannya.

Khairul Anuar, Muhamad Zarif berisiko digugurkan daripada Program Podium
Peluang kedua tetap diberikan kepada mereka berdua untuk diserap ke dalam Program Podium, andai menampilkan prestasi terbaik selepas ini.

Kerajaan tidak tentukan status kontrak atlet secara silo - Ahmad Faizal
Jika peranan itu diambil alih, sudah pasti ia akan menimbulkan kesan tidak baik terhadap ekosistem pembangunan sukan tanah air.

Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.

KBS beri lampu hijau kepada MSN
Semua atlet akan melapor diri secara beperingkat dan perlu menjalani ujian swab sebelum dibenarkan berlatih seperti biasa di MSN.

Program Podium: Beberapa sukan, atlet bakal disingkir
Prestasi dan pencapaian 148 atlet dalam program tersebut akan dinilai dalam masa terdekat selepas berakhirnya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 hari ini.

Doping: Badang negara mahu cabar sampel B
Seorang atlet angkat berat negara gagal ujian doping yang dilakukan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) sebelum berlangsung Sukan Komanwel 2018.