BEBERAPA atlet dan jenis sukan dalam Program Podium bakal menghadapi tindakan disingkirkan daripada program elit itu selepas gagal mencapai sasaran dalam dua temasya sukan terbesar disertai tahun ini.
Selain Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu, prestasi dan pencapaian 148 atlet dalam program tersebut akan dinilai dalam masa terdekat selepas berakhirnya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 hari ini.
Ketua Program Podium, Dr P. Vellapandian, menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan persatuan sukan kebangsaan yang gagal menepati sasaran walaupun banyak bantuan sains sukan telah diberikan untuk atlet di bawah seliaan masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, tahap keberkesanan beberapa jenis sukan seperti terjun dan badminton yang menyerlah di pentas antarabangsa akan dikaji semula dan akan terus diberi bantuan bagi memantapkan keputusan yang lebih baik.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika mengulas prestasi dan pencapaian atlet Program Podium dalam Sukan Asia 2018 di Kedutaan Malaysia di Jakarta, hari ini.
Sementara itu, Vellapandian menegaskan program berkenaan perlu diteruskan kerana sasaran utamanya ialah melihat atlet Malaysia meraih emas dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
“Kalau kita hendak lihat keberkesanan program ini, kita perlu tunggu sehingga 2020, namun kita di Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa memantau prestasi program latihan atlet dan saya akui ada kelemahan di pihak ISN yang perlu kita tambah baik untuk memastikan program ini mencapai matlamatnya,” katanya.
Pandangan beliau turut disokong oleh ketua kontinjen negara ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
“Walaupun kita gagal mencapai sasaran untuk menduduki kelompok 10 negara terbaik kali ini, namun beberapa atlet kita berjaya menempatkan diri dalam kelompok enam terbaik di Asia.
“Sasaran utama program ini adalah untuk atlet kita meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, jadi peruntukan sudah ada dan kita sudah nampak prestasi yang boleh ditingkatkan dengan adanya bantuan sains sukan,” tegas Abdul Azim yang juga bekas pengerusi ISN.
Beliau menambah keberkesanan program berkenaan jelas dipamerkan oleh jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang, yang meraih satu emas, perak dan gangsa serta pemain skuasy negara, Ng Eain Yow, yang meraih emas dalam acara berpasukan lelaki.
Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata program elit itu adalah baik, namun atlet perlu memanfaatkan sepenuhnya bantuan sains sukan menerusi program berkenaan untuk mencapai kejayaan.
“Dari segi pandangan MOM, kita perlu melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengenal pasti masalah yang wujud supaya menghadapi saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan lebih berkesan,” jelasnya.
Program Podium merupakan salah satu inisiatif Pelan Prestasi Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan yang dilancarkan pada 2016 dalam merealisasikan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain muncul 10 pasukan terbaik dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2018.
Astro Arena
Sun Sep 02 2018

Vellapandian menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan persatuan sukan kebangsaan yang gagal menepati sasaran. - Astro Arena

Houthi lancar serangan ketiga, sasar kapal pemusnah AS
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, memaklumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Selasa, kumpulan itu telah melancarkan serangan ketiga terhadap kapal induk pesawat AS.
Saham akhirat Rizzalman Ibrahim
: Inspirasi dakwah dan kerja-kerja amal bekas pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim yang kini menerajui Yayasan Rizalman Ibrahim menggerakkan usaha menyebarkan literasi al-Quran, membina surau dan membantu golongan kurang berkemampuan bermatlamat sebagai saham akhiratnya nanti.
Dekatkan diri dengan Al-Quran, jadikan panduan hidup - TPM
Dalam hantaran di X, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam untuk mendekatkan diri dengan kitab suci Al-Quran.
Beliau menekankan pentingnya tadabbur atau menghayati makna ayat-ayat Al-Quran dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.
Beliau menekankan pentingnya tadabbur atau menghayati makna ayat-ayat Al-Quran dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

Suami 'tangkap' isteri berkhalwat dengan lelaki bujang
Hancur hati seorang suami melihat isterinya tergamak melakukan perbuatan keji bersama lelaki lain di sebuah bilik hotel di Lunas di sini pada Selasa.
Warga Emas Rugi RM60,000 Ditipu Sindiket Pelaburan
Seorang warga emas mengalami kerugian sebanyak RM62,109 selepas diperdaya oleh sindiket pelaburan tidak wujud.
Israel kembali lancar serangan besar-besaran ke atas Gaza
Ketegangan memuncak di Semenanjung Gaza apabila tentera Israel melancarkan serangan udara besar-besaran selepas rundingan gencatan senjata dengan Hamas menemui jalan buntu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tindakan tegas terhadap Hamas susulan keengganan kumpulan itu membebaskan para tebusan.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tindakan tegas terhadap Hamas susulan keengganan kumpulan itu membebaskan para tebusan.
AWANI Ringkas: Nuzul Al-Quran | Dakwaan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Terengganu terima teguran, persembahan tidak peka sensitiviti Ramadan
Kerajaan Terengganu menyambut baik teguran orang ramai berhubung persembahan tarian dan nyanyian yang kurang sesuai pada program Pelita Raya dan Pesta Moreh tahun ini.
[TERKINI] Proses rakam percakapan Ismail Sabri ditangguh Rabu ini
Proses merakam keterangan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditangguhkan ke Rabu.
Penangguhan ini disahkan oleh seorang pegawai SPRM, namun sebabnya masih belum didedahkan.
Penangguhan ini disahkan oleh seorang pegawai SPRM, namun sebabnya masih belum didedahkan.

Dua beranak rentung dalam kemalangan dua treler di lebuh raya
Dua beranak rentung dalam kemalangan membababitkan dua treler di Kilometer (KM) 331.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini hari ini.

Program Podium: Beberapa sukan, atlet bakal disingkir
Prestasi dan pencapaian 148 atlet dalam program tersebut akan dinilai dalam masa terdekat selepas berakhirnya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 hari ini.