KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Datuk Misbun Sidek bersedia menerima apa jua keputusan yang ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung masa depannya di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Misbun yang ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas BAM berlangsung selama enam jam di ABM, Bukit Kiara, hari ini, berkata anak buahnya telah berusaha sebaik mungkin, namun masih gagal menyerlah pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, baru-baru ini.
"Saya terima sahaja apa-apa pun (keputusan) kalau penggantungan ke apa... tunggu BAM huraikan apa dibincangkan (mesyuarat jawatankuasa). Apa yang berlaku di dalam gelanggang itu adakalanya luar bidang kuasa saya sebab kita hanya siapkan pemain sahaja," katanya.
Beliau berkata sekarang bukan masa untuk menuding jari mencari kesalahan terhadap apa yang berlaku di Yogyakarta, biarpun pemain tidak berupaya menterjemahkan apa yang mereka pelajari pada sesi latihan sewaktu pertarungan sebenar.
Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan masih belum membuat sebarang perancangan sekiranya BAM memutuskan untuk menamatkan khidmatnya di ABM.
Skuad remaja negara pada Kejohanan Remaja Asia (AJC) 2023 di Yogyakarta baru-baru ini menampilkan persembahan hambar apabila tumpas kepada juara bertahan, Thailand, 0-3, di peringkat suku akhir acara berpasukan campuran dan tiada seorang pemain pun layak ke separuh akhir bagi saingan perseorangan.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam kejohanan berkenaan adalah pada 2018 menerusi beregu wanita remaja ketika itu Pearly Tan-Toh Ee Wei yang meraih perak, selain membantu skuad negara memperoleh gangsa bagi acara berpasukan campuran.
Mengenai cabaran wakil negara pada Kejohanan Remaja Dunia 2023 di Spokane, Washington, Misbun berkata para pemain perlu bekerja keras dalam sesi latihan dan bijak mencuri mata daripada pihak lawan.
Oktober tahun lepas, Malaysia gagal ke suku akhir Kejohanan Remaja Dunia di Santander, Sepanyol dan menamatkan acara berpasukan campuran di tangga kesembilan menumpaskan Denmark, 4-1.
Lebih menyedihkan apabila buat pertama kali, tiada pemain kebangsaan yang layak ke suku akhir bagi saingan perseorangan di Sepanyol.
Sementara itu, Timbalan Presiden BAM Datuk V. Subramaniam yang mengetuai jawatankuasa khas itu berkata mereka masih belum membuat sebarang keputusan dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
Beliau berkata jawatankuasa yang turut melibatkan jurulatih dan pemain itu telah berbincang panjang lebar mengenai program sedia ada yang disesuaikan dengan pemain junior.
Subramaniam juga tidak menolak kemungkinan akan menambah baik program latihan semasa untuk manfaat pemain dan prestasi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
Misbun berkata, anak buahnya telah berusaha sebaik mungkin, namun masih gagal menyerlah pada Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, baru-baru ini. - Gambar fail
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
Hidup sihat, inovatif bersama Misbun, Jailani Sidek dengan Destina1 International
Dua legenda kongsi cara pertingkat kualiti kesihatan dan kesejahteraan diri dengan produk -Uniwave by Quantes Technology."
Malaysia masih dalam hati - Misbun
Hati Misbun belum 'terbuka' untuk menerima mana-mana tawaran luar negara bagi mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih buat masa ini.
ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.
Norza masih relevan pimpin BAM - Misbun
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria masih relevan untuk memegang tampuk kepimpinan badan induk sukan tersebut.
Misbun 'laris', terima lima tawaran dari luar negara
Misbun telah menerima sekurang-kurangnya lima tawaran dari luar negara setelah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Kemelut Misbun, BAM selesai
Kemelut Misbun dengan BAM menemui jalan pendamaian selepas badan induk badminton negara itu mengesahkan mencapai penyelesaian secara baik.
Misbun sudah hantar jawapan, masih sayang anak buahnya
Datuk Misbun Sidek sudah menghantar surat jawapan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung tawaran diberikan kepadanya sebelum ini.
Misbun terima permohonan maaf Norza, akan pertimbang tawaran BAM
Datuk Misbun Sidek menerima permohonan maaf Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berhubung kemelut yang tercetus antara beliau dan badan induk itu.
Chong Wei akui terguris kemelut melanda BAM-Misbun
Chong Wei mendedahkan hatinya jelas terguris dengan kemelut yang melanda dua entiti itu.
BAM tawar Misbun kembali berkhidmat hingga tamat kontrak, urai kemelut salah faham
Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu dengan Datuk Misbun Sidek, adalah disebabkan salah faham.