KUALA LUMPUR: Selasa lepas, pasukan KL City FC menamatkan kemarau 32 tahun dengan menjuarai Piala Malaysia Edisi ke-100, menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan dua gol tanpa balas.

Dua hari kemudian, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad pula melaungkan keyakinan pasukan itu akan mempertahankan kejuaraan itu pada tahun hadapan.

Malah, beliau juga yakin bukan hanya Piala Malaysia, kejuaraan Liga Super juga bakal menjadi milik mereka pada tahun 2022.

BACA: KL City benam JDT, muncul juara Piala Malaysia edisi ke-100!

Dewan Rakyat | Khalid yakin Liga Super 2022 milik KL City FC

Begitupun, beliau berharap Menteri Wilayah Persekutuan dapat menyerahkan semula Stadium Kuala Lumpur kepada KLFA bagi membolehkan impian mendakap dua piala tahun depan dapat direalisasikan.

“Saya harap menteri boleh mempertimbangkan keputusan itu kembali untuk berikan sokongan lebih padu.

“Tahun depan InsyaAllah, saya minta maaflah kepada Johor, Kedah, Terengganu dan sebagainya. Tahun depan kita akan jadi juara liga dan juara Piala Malaysia. InsyaAllah,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.


Piala Malaysia | Selepas 32 tahun menunggu, KL City muncul juara

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang membantu kejayaan pasukan itu, termasuk Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Khalid juga sempat ‘mengusik’ Shahidan yang tidak dijemput turun ketika majlis penyampaian piala baru-baru ini namun Ahli Parlimen Shah Alam itu mengakui, beliau juga sebenarnya tidak dijemput.


Teresa Kok pertikai Cuti Khas Peristiwa pada Jumaat

“Tapi saya ambil dasar “malu apa bossku”. Walaupun tak dijemput, saya turun saja kerana saya tahu, ini tak sama dengan “malu apa bossku” kerana dalam kes saya, saya berhak.

“Sebagai Presiden KLFA, sama ada dijemput atau tidak dijemput tapi apabila pasukan saya menang, memang sepatutnya saya ada di sana,” ujarnya.